Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SEA KEMBOJA 2023: BOLA SEPAK

S'pura terdesak tebus 'maruah' raih kemenangan pertama

Hanya baki enam mata untuk direbut, selepas tewas dua perlawanan pertama
May 06, 2023 | 05:30 AM



DENGAN baki dua perlawanan dalam kumpulan B, skuad Singa barangkali pulang dari temasya Sukan SEA dengan tangan kosong sekali lagi.



Meskipun mereka masih ada secebis sinar harapan untuk melangkah ke separuh akhir, realitinya, Singa hanya boleh mengutip enam mata maksimum selepas tewas dalam dua perlawanan pertama.



Ini berbanding pasukan Thailand dan Malaysia - yang bakal berentap pada Sabtu juga - dengan masing-masing ada tiga mata selepas satu perlawanan.



Juara bertahan, Vietnam, pula mendahului kumpulan dengan enam mata selepas dua perlawanan.



Hanya dua pasukan teratas dari kumpulan ini akan mara ke separuh akhir.



Lantaran itu, matlamat skuad Singa kendalian Philippe Aw kini tertumpu kepada memungut seberapa banyak mata yang boleh dalam baki perlawanan.



Dalam sidang media selepas perlawanan menentang Vietnam pada Rabu, beliau berkata:



"Saya tidak rasa enam mata dalam kumpulan yang diwakili lima pasukan dapat membawa kami ke pusingan seterusnya.



"Lantaran itu matlamat bagi baki perlawanan adalah mendapatkan seberapa banyak mata yang boleh. Kami masih ada baki dua perlawanan untuk mencipta kemenangan."



Dalam perlawanan menentang Vietnam, dua kesilapan berturut-turut oleh pertahanan Singapura pada separuh masa pertama membawa padah selepas Vietnam memanfaatkan peluang tersebut dan berjaya menghasilkan gol.



Justeru dalam perlawanan menentang Laos, Singapura perlu elakkan daripada membuat sebarang kesilapan, khususnya di kawasan pertahanan, untuk tidak mencipta peluang bagi pihak lawan.



"Dengan pasukan Laos, kami berharap kami dapat berikan prestasi lebih baik..



"Jika ada mana-mana pasukan yang ingin mendapatkan mata daripada kami, mereka perlu berusaha untuk mencabar bagi," jelas Aw.



Skuad Singa juga perlu lebih klinikal dalam sentuhan penyudah kerana Singapura mensia-siakan sekurang-kurangnya dua peluang keemasan menentang Vietnam yang dapat merapatkan jurang gol perlawanan.



Antara peluang tersebut adalah hasil kesilapan pertahanan Vietnam yang dimanfaatkan penyerang kebangsaan Abdul Rasaq Akeem tetapi rembatan kencangnya terkena palang gol.



Dalam pada itu, Laos menimpa nasib serupa dengan Singapura yang mana ia tewas kedua-dua perlawanan sebelum ini menentang Vietnam dan Malaysia.



Sungguhpun demikian, skuad Singa tidak boleh mengambil ringan pasukan kendalian Hans Michael Weiss itu.



Di bahagian midfield, Laos dibarisi Roman Angot yang bermain untuk kelab Bahlinger SC di liga empat Jerman.



Beliau telah membuat enam penampilan dalam liga tersebut dan dijangka mengendalikan jentera midfield Laos.



Pasukan bola sepak bawah 22 tahun kali terakhir menentang Laos dalam Sukan SEA di Vietnam pada 2022 dengan keputusan seri 2-2.




"Saya tidak rasa enam mata dalam kumpulan yang diwakili lima pasukan dapat membawa kami ke pusingan seterusnya.
Lantaran itu matlamat bagi baki perlawanan adalah mendapatkan seberapa banyak mata yang boleh. Kami masih ada baki dua perlawanan untuk mencipta kemenangan."
- Philippe Aw, jurulatih pasukan Singa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >