Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

S’pura tersingkir dari Kejohanan Tenis MejaBerpasukan Dunia

Feb 22, 2024 | 03:19 PM



Pasukan wanita dan lelaki Singapura tersingkir daripada Kejohanan Tenis Meja Berpasukan Dunia selepas prestasi mengecewakan pada 21 Februari, masing-masing tewas 0-3 kepada Poland dan Iran dalam pusingan kalah mati.

Ketiga-tiga pemain wanita, Zhou Jingyi, Zeng Jian dan Wong Xin Ru yang berada dalam kedudukan ke-10 dunia, tidak dapat mengatasi pemain Poland yang berada di tempat ke-20 dunia.

Ketiga-tiga mereka tewas dalam perlawanan di Pusat Pameran dan Konvensyen Busan dengan markah 3-2 yang sama, lapor akhbar The Straits Times (ST).


Jurulatih wanita nasional, Jing Junhong berasa kecewa kerana pemainnya kalah tipis dalam perlawanan itu.

Beliau berkata: “Kami kalah tetapi melihat pada markah perlawanan individu, ia adalah perbezaan kecil.

“Lawan kami sangat agresif hari ini, membuat banyak pukulan dan kami sebaliknya lebih konservatif dalam pendekatan kami. Dalam pertandingan seperti ini, ia merugikan.

“Kami berharap dapat belajar daripada kejohanan ini, dan berlatih menjadi lebih berani.”

Pemain nombor 103 dunia Zhou pada mulanya mendahului pemain dalam kedudukan ke-52, Natalia Bajor, sebelum tewas 9-11, 11-6, 11-9, 9-11, 11-8.

Perlawanan antara Zeng Jian (nombor 60) dengan Katarzyna Wegrzyn (nombor 133) juga sama sengit. Namun, akhirnya Wegrzyn menang 11-4, 4-11, 11-9, 7-11, 11-8.

Zuzanna Wielgos (nombor 183) kemudian meraih kemenangan.

Beliau bangkit daripada ketinggalan untuk mengalahkan Wong (nombor 128) 6-11, 8-11, 11-7, 11-5, 14-12 dan sekali gus membantu Poland mara ke kelompok pasukan 16 terakhir.

Kekalahan tersebut menyukarkan peluang Singapura untuk layak ke acara berpasukan wanita di Sukan Olimpik.

Ia perlu berada dalam kelompok lapan terbaik kejohanan itu untuk mendapat tempat automatik bagi Sukan Olimpik.

Singapura telah bersaing dalam kejohanan berpasukan wanita pada setiap Sukan Olimpik Musim Panas sejak ia diperkenalkan di Beijing pada 2008, dan memenangi dua pingat Olimpik (perak pada 2008 dan gangsa di London pada 2012) dalam acara tersebut.

Pasukan wanita Singapura masih boleh mara ke Sukan Olimpik Paris 2024, bergantung pada keputusan 16 terakhir pada kejohanan dunia, kedudukan dunia mereka pada Mac dan bilangan kuota yang tidak digunakan.

Dalam pertandingan lelaki, Singapura yang berada di kedudukan ke-22 dunia, tewas kepada pemain Iran yang menduduki tempat ke-27 dunia.

Melihat kepada kedudukan dunia mereka, pasukan lelaki Singapura tersingkir daripada Sukan Olimpik Paris.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >