Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK PIALA AFF

S'pura yakin atasi M'sia meski dilanda kecederaan

Hanya perlu seri di Stadium Bukit Jalil malam ini untuk layak ke separuh akhir
Jan 03, 2023 | 05:30 AM



BERMAIN di kubu sendiri mungkin memberi pasukan tuan rumah kelebihan.



Namun dalam perlawanan antara dua seteru tradisi, Singapura dan Malaysia, di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini, faktor tersebut tidak menjadi perhitungan, kata pemain midfield Singapura, M. Anumanthan.



Ini kerana beliau berkata ramai pemain Singa yang sudah biasa bermain menentang pasukan Malaysia, dengan tujuh pemain dalam skuad Takayuki Nishigaya pernah mewakili kelab di seberang Tambak.



Mereka termasuk Anumanthan (Kedah), bersama Hariss Harun (Lions XII, Johor Darul Takzim); Shakir Hamzah (Lions XII, Perak); Faris Ramli (Lions XII, PKNS, Terengganu); Shahdan Sulaiman (Lions XII, Melaka United); Nazrul Nazari dan Zulfahmi Arifin (Lions XII).



Dalam satu sidang akhbar praperlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam, Anumanthan, 28 tahun, yang kini menyarung jersi Lion City Sailors, berkata:



"Ia pastinya satu rangsangan besar untuk mempunyai pemain yang pernah beraksi di sini.



"Malaysia sentiasa adalah pasukan kuat dan kami tahu bagaimana suasananya di stadium esok jadi pengalaman ini sangat baik untuk pasukan."



Selepas terikat 0-0 dengan Vietnam di Stadium Jalan Besar Jumaat lalu, Singapura hanya memerlukan keputusan seri malam ini untuk menempah tiket mereka ke separuh akhir Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) 2022.



Vietnam mendahului saingan Kumpulan B dengan tujuh mata daripada tiga perlawanan, di depan Singapura pada perbezaan gol, manakala Malaysia kurang semata.



Hanya dua pasukan terbaik kumpulan akan mara ke separuh akhir yang dimainkan dalam dua pusingan.



"Apa yang paling penting esok adalah kami mahu dapatkan tiga mata penuh.



"Kami akan bersiap untuk perlawanan ini sepertimana kami menentang Vietnam.



"Ya, perlawanan ini mengujakan sebab ia adalah Singapura lawan Malaysia tapi sasaran kami hanyalah satu, iaitu untuk menang," tambah Anumanthan.



Selain itu, ia tidak jelas sama ada penyerang Ilhan Fandi akan dapat beraksi dalam perlawanan malam ini.



Penyerang berusia 20 tahun itu dilihat mengalami kecederaan pada lutut kirinya dalam perlawanan Jumaat lalu dan digantikan sebelum waktu rehat.



Menjawab pertanyaan media sama ada skuad Singa dihimpit sebarang kecederaan, Nishigaya semalam berkata:



"Kami akan menilai keadaan pemain dalam latihan petang ini."



Difahamkan Ilhan telah membuat perjalanan ke Kuala Lumpur bersama skuad Singa.



Dalam pada itu, jurulatih Malaysia, Kim Pan Gon menyifatkan Singapura sebagai pasukan yang "kuat bertahan".



"Ini adalah perlawanan yang penting. Saya percaya pemain dan kakitangan Harimau Malaya sudah bersedia... Singapura ada kelebihan mereka, kami juga begitu.



"Gaya mereka menyerang untuk menang berbeza daripada kami. Kami lebih proaktif... pasukan yang tangkas dan dinamik dalam mencari kemenangan," tambah warga Korea Selatan itu.



Penyerang Malaysia, Faisal Halim pula berjanji kepada penyokongnya bahawa pasukan Harimau Malaya akan bertarung habis-habisan menentang Singapura.



"Kami berasa hampa selepas kekalahan 0-3 kepada Vietnam tapi kami sudah kembali bersemangat untuk berdepan Singapura," kata beliau.



Malaysia kalah 0-3 kepada Vietnam pada Selasa lalu, sekali gus harus menang malam ini untuk ke separuh akhir.



"Keluarga kami, rakyat Malaysia datang untuk menonton perlawanan, takkan kami hendak beri mereka (Singapura) datang dan menang di padang sendiri?



"Saya percaya pada kebolehan rakan sepasukan saya dan kami akan berikan yang terbaik," tambah Faisal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >