Selamat jalan Tudor?

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Selamat jalan Tudor?

Spurs di ambang penyingkiran EPL, tekanan memuncak terhadap Tudor selepas satu lagi kekalahan
Mar 23, 2026 | 3:16 PM

Selamat jalan Tudor?

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
EPL, Spurs, Igor Tudor
Reaksi pengurus Tottenham Hotspur, Igor Tudor, ketika perlawanan pusingan 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara Eropah antara Tottenham Hotspur menentang Atletico Madrid di Stadium Tottenham Hotspur, London, Britain pada 18 Mac. - Foto REUTERS

LONDON: Kekalahan memalukan kepada Nottingham Forest telah meletakkan Tottenham Hotspur (Spurs) dalam bahaya terjerumus ke zon penyingkiran Liga Perdana England (EPL), dipisahkan hanya satu mata daripada tiga pasukan terbawah.

Kedudukan Tottenham yang hampir setengah abad di pentas tertinggi liga England kini makin terancam.

Walaupun Forest yang menewaskan mereka telah menukar pengurus empat kali musim ini – dengan Vitor Pereira sebagai bos terkini – Spurs mungkin terpaksa bertindak sama, melantik pengurus ketiga demi mengelak daripada tersingkir.

Spurs telah tewas lima daripada tujuh perlawanan sejak Tudor dilantik pada Februari lalu menggantikan Thomas Frank, sebahagiannya atas rekod jangka pendeknya yang mengagumkan di kelab terdahulu.

Jika beliau dipecat, Spurs perlu memutuskan sama ada untuk melantik ketua jurulatih sementara lain atau calon tetap dengan baki tujuh perlawanan.

Bekas bos Juventus itu tidak menghadiri sidang media selepas perlawanan, setelah dimaklumkan mengenai perkhabaran duka kematian ahli keluarganya.

Sean Dyche, Ryan Mason dan Harry Redknapp adalah antara nama-nama yang disebut sebagai pengganti yang berpotensi.

Pemilik Spurs, Enic, memilih untuk tidak campur tangan. Mereka menyerahkan tanggungjawab kepada ketua eksekutif Vinai Venkatesham dan pengarah sukan Johan Lange untuk menentukan hala tuju kelab.

Kini, para eksekutif Spurs berdepan keputusan sukar – memecat pengurus yang baru dilantik sebulan lalu. Ini pasti menimbulkan persoalan dalaman tentang mengapa Tudor diberi jawatan itu.

Setelah memecat Ange Postecoglou dan Frank dalam tempoh setahun, Spurs sekali lagi di ambang keputusan besar.

‘Penyokong sudah beredar’

Tudor hanya mengutip satu mata daripada lima perlawanan liga – termasuk kekalahan memalukan 4-1 kepada Arsenal – dan tersingkir daripada Liga Juara-Juara selepas pertarungan pertama yang huru-hara di Atletico Madrid.

Spurs kini hanya mengumpul 30 mata daripada 31 perlawanan Liga Perdana musim ini. Pencapaian terburuk mereka dalam sejarah adalah pada musim 1914-15, dan kini mereka menyamainya.

Mereka gagal menang dalam 13 perlawanan liga berturut-turut (5 seri dan 8 kalah) – rentetan tanpa kemenangan kedua terpanjang dalam sejarah kelab, hanya di belakang rekod 16 perlawanan pada musim 1934-35.

Kelab mesti mengelak daripada memecahkan rekod buruk tersebut untuk terus bertahan. Satu-satunya sinar harapan pada petang yang menyedihkan selepas pertemuan dengan Forest itu ialah kekalahan 2-0 pesaing relegasi mereka, West Ham, di tangan Aston Villa.

“Saya rasa mustahil untuk dia kekal. Saya benar-benar yakin,” kata bekas pemain tengah Tottenham, Danny Murphy.

“Saya rasa sangat sukar bagi pemain untuk beraksi dalam persekitaran yang begitu menyedihkan dan toksik.

“Satu-satunya cara untuk mengubahnya ialah dengan memenangi perlawanan, yang tidak mereka lakukan, atau menukar pengurus – itulah yang dituntut penyokong.

“Jika mereka terus mempertahankannya... ini adalah lima perlawanan liga tanpa kemenangan. Pengurus baru datang, menang satu perlawanan, tiba-tiba keadaan boleh berubah dengan pantas. Saya rasa risiko ini berbaloi dan saya fikir mereka akan memilihnya.

“Para pemain nampaknya tidak bersungguh-sungguh. Mereka menunjukkan beberapa persembahan yang baik minggu ini dan mungkin orang ramai fikir keadaan sudah berubah, tetapi keyakinan kembali merosot selepas mereka kalah.”

Bruno Saltor, yang menggantikan Tudor dalam sidang media, yakin Tudor dan staf jurulatihnya akan diberi ruang, dengan tiga minggu lagi sebelum mereka turun beraksi menentang Sunderland.

“Ya, sudah tentu, kami merasakan sokongan semua orang di kelab dan kami hanya fokus bagaimana dapat membantu pemain,” katanya. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg