Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Spurs pasti beraksi lebih baik semasa temu Chelsea

Sebelum ini Spurs tundukkan Manchester United 3-0 di Old Trafford, kemudian belasah Manchester City 4-0 di Stadium Etihad
Dec 8, 2024 | 5:30 AM
Dejan Kulusevski (kanan) memberi impak amat besar ketika Tottenham Hotspur membelasah Manchester City pada 24 November.
Dejan Kulusevski (kanan) memberi impak amat besar ketika Tottenham Hotspur membelasah Manchester City pada 24 November. - Foto AFP

Peluang Tottenham Hotspur (Spurs) untuk layak ke pertandingan Liga Juara-Juara pada musim akan datang masih belum dapat ditentukan meskipun selepas 14 perlawanan Liga Perdana England (EPL).

Pada 9 Disember, Spurs bakal menerima kunjungan sebuah lagi kelab yang berpangkalan di London, Chelsea, dalam satu perlawanan yang dinantikan oleh ramai peminat EPL.

Pada ketika ini Spurs berada di kedudukan ke-10 selepas tewas 1-0 kepada Bournemouth pada 06 Disember dengan 20 mata.

Berikutan kekalahan itu, pengurus Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou bertelagah dengan penyokongnya hingga meningkatkan tekanan buat warga Australia itu.

Sebelum itu, Spurs hanya mampu seri 1-1 di padang sendiri, semasa menentang Fulham pada 1 Disember.

Namun Spurs membuktikan mereka mampu setanding dengan pasukan yang dianggap lebih hebat.

Contohnya Spurs menundukkan Manchester United 3-0 di Old Trafford pada 29 September dan kemudian membelasah Manchester City 4-0 di Stadium Etihad pada 24 November.

Ini menunjukkan trend prestasi yang tidak menentu daripada pasukan Spurs yang sememangnya terkenal dengan rentak permainan agresif dan gemar memberi tekanan.

Maka tidak hairanlah sekiranya pertembungan Spurs dengan Chelsea di Tottenham Stadium dijangka menarik perhatian ramai peminat.

Ia dijangka merupakan satu perlawanan yang dianggap seimbang meskipun Chelsea telah memenangi sebahagian besar daripada keseluruhan 177 perlawanan antara kededua kelab tersebut.

Apatah lagi Chelsea kini di tangga kedua dengan 28 mata. Terkini, mereka menewaskan Southampton di padang lawan dengan jaringan 1-5.

Sehingga Mei 2024, Chelsea telah menang 79 perlawanan, sementara Spurs menang 55 perlawanan apabila kededua pasukan bertemu. Mereka seri 43 kali.

Bagi Spurs, pemain midfield mereka, Dejan Kulusevski, merupakan antara yang menyerlah musim kali ini.

Pemain antarabangsa Sweden itu terlibat dalam sembilan jaringan pasukannya berdasarkan 20 permainan yang melibatkan beliau dan ternyata peranannya di bahagian tengah padang memberi kesan.

Bekas pemain Juventus itu memainkan peranan penting ketika Spurs menundukkan City.

Malangnya, beliau hanya dimasukkan lewat dalam perlawanan menentang Fulham dan ternyata ia memberi kesan kepada Spurs apatah lagi Kulusevski bermain dalam kedudukan midfield serangan.

Kesannya ternyata kurang sebelum pemain itu dimasukkan pada separuh masa kedua.

Malah Postecoglou sendiri mengakui bahawa Kulusevski, 24 tahun, membuktikan betapa penting kehadirannya dalam pasukan Spurs.

“Beliau mempunyai cita-cita tinggi dan itu sesuatu yang hebat.

“Beliau masih muda, dan beliau telah buat banyak kemajuan dalam kedudukannya kini.

“Saya dapat rasakan beliau tidak akan berpeluk tubuh pada tahapnya kini melainkan memberikan yang lebih baik buat pasukan ini,” tambah Postecoglou.

Sementara itu Chelsea telah menunjukkan mereka mampu memberi cabaran kepada dua pasukan teratas EPL.

Chelsea tahu mereka tidak boleh berasa selesa dalam kedudukan ketiga pada masa kini, apatah lagi pasukan lain sedang berusaha merapatkan jurang mata dalam kedudukan EPL.

Dalam perlawanan menentang Southampton pada 5 Disember, Chelsea menang besar 5-1.

Pasukan yang dibimbing Enzo Maresca itu mempunyai beberapa nama terkemuka yang memberi kesan besar kepada kedudukan mereka masa kini.

Antaranya ialah Cole Palmer yang sejauh ini dianggap pemain berbisa semasa di hadapan pintu gol lawan.

Dalam satu temu ramah, Palmer berkata: “Sekiranya kami terus menang, saya yakin kami akan dapat berada dekat empat kedudukan teratas EPL.

“Kami akan terus mencuba dan menang banyak perlawanan.”

Ramalan wartawan: Tottenham Hotspur 3-2 Chelsea

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg