Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Spurs tanpa Bentancur baki musim dek cedera

Feb 15, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Pemain midfield Tottenham Hotspur Rodrigo Bentancur akan terlepas beraksi bagi baki perlawanan musim ini selepas ligamen krusiat anterior (ACL) di lutut kirinya pecah, kata kelab Liga Perdana England (EPL) itu pada Isnin.



Bentancur terpaksa keluar padang pada babak kedua semasa kekalahan liga 1-4 Spurs kepada Leicester City Sabtu lalu. Beliau menjaringkan satu-satunya gol Spurs dalam perlawanan itu.



"Beliau akan menjalani pembedahan sebelum memulakan pemulihannya bersama kakitangan perubatan kami," kata Spurs dalam satu kenyataan.



"Rodrigo, kami akan menyokong anda."



Kecederaan Bentancur menyebabkan Spurs kekurangan pemain di bahagian midfield, dengan Yves Bissouma turut terlepas beraksi di padang selepas menjalani pembedahan untuk merawat fraktur stres pada buku lali kirinya.



Spurs kini berada di tangga kelima Liga Perdana dengan 39 mata daripada 23 perlawanan.



Mereka seterusnya berdepan AC Milan dalam Liga Juara-Juara pada Selasa, sebelum menjadi tuan rumah kepada West Ham United bagi perlawanan liga pada Ahad. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >