Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Strategi Chelsea beli pemain, patuhi peraturan kewangan

Aug 28, 2023 | 05:31 AM



LONDON: Pemain terkini Chelsea, Romeo Lavia, dibeli dengan harga £53 juta ($91.7 juta) dari Southampton dan ini menjadikan keseluruhan perbelanjaan pemilik kelab itu, Todd Boehly, mencecah lebih $850 juta.


Dengan purata usia 20 tahun lapan bulan, kos yang dibelanjakan ke atas para pemain midfield mereka yang terdiri daripada Lavia, Moises Caicedo dan Enco Fernandez mencecah lebih daripada £260 juta.

Kos sedemikian sejajar dengan trend berbelanja besar yang diamalkan pemilik baru kelab tersebut ke atas para pemain muda dengan tempoh kontrak yang panjang.

Menurut laman web Transfermarkt, sejak Boehly mengambil alih kelab itu pada musim panas 2022, Chelsea telah membelanjakan sekitar £430 juta lebih banyak daripada kelab kedua dengan perbelanjaan besar iaitu Manchester United.


Angka tersebut mungkin boleh meningkat terus kepada £900 juta atau lebih menjelang akhir jendela pemindahan pada 1 September.

Ramai peminat Chelsea dan kelab lain tertanya-tanya bagaimana kelab tersebut mampu membeli para pemain baru tanpa melanggar peraturan Permainan Adil Kewangan.

Sejak jendela pemindahan dibuka, Chelsea telah membelanjakan sekitar £323 juta bagi lapan pemain, lebih banyak daripada kelab-kelab lain di Eropah.







Hasilnya, Chelsea telah memecahkan rekod bagi jumlah perbelanjaan paling banyak pada musim panas berbanding mana-mana kelab di dunia, dan ia melepasi jumlah perbelanjaan Real Madrid sebanyak £292 juta pada 2019.

Angka tersebut juga lebih tinggi berbanding £260 juta yang mereka belanjakan semasa musim panas lalu dan £288 juta yang dibelanjakan pada Januari 2023.

Mereka telah membelanjakan sekitar £175 juta ke atas para pemain Brighton sahaja.

Ia tidak termasuk pampasan sebanyak £21 juta yang dibayar kepada pengurus pasukan yang dikenali dengan gelaran Seagulls itu, Graham Potter, serta kakitangan kejurulatihannya pada September 2022 – atau kos memecatnya sekitar tujuh bulan kemudian.

Perbelanjaan bagi para pemain baru telah dapat dikembalikan semula hasil penjualan pemain mereka sendiri, dengan £280 juta diraih menerusi tiga tempoh jendela pemindahan terkini.

Sejumlah pemain berusia yang meraih pendapatan tinggi, seperti Kalidou Koulibaly, Mateo Kovacic dan Cesar Azpilicueta, adalah antara anggota skuad itu yang telah berpindah keluar.

Sementara itu, para pemain baru yang dibawa masuk pula mempunyai purata usia sekitar 21 tahun.

Peraturan belanja

Chelsea dilaporkan mematuhi peraturan keuntungan dan kemampanan Liga Perdana England (EPL), yang membenarkan kerugian keseluruhan sebanyak £105 juta sepanjang tempoh tiga tahun.

Sebarang kelab yang mencatatkan kerugian melebihi angka tersebut boleh dikenakan denda, termasuk denda jumlah yang tinggi atau pemotongan mata perlawanan.

Sekiranya Chelsea layak ke Eropah pada musim ini, mereka juga perlu mematuhi peraturan kemampanan Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (Uefa), yang mengehadkan belanja ke atas gaji kelab, pemindahan dan yuran ejen kepada 70 peratus daripada pendapatan mereka sepanjang tempoh tiga tahun, yang membenarkan kerugian sebanyak 60 juta euro.

Peraturan baru itu menggantikan peraturan Permainan Adil Kewangan (FFP) pada Jun 2022 dan kelab akan mempunyai tempoh tiga tahun untuk melaksanakannya.

Uefa mempunyai senarai meluas hukuman yang boleh dikenakan ke atas kelab-kelab yang tidak mematuhi peraturan-peraturan tersebut, termasuk memberi amaran, denda, dikeluarkan daripada pertandingan atau kejuaraan Eropah ditarik balik.

Juventus terkeluar daripada Liga Conference Europa musim lalu kerana melanggar peraturan FFP antara 2012 dengan 2019, sedang Chelsea pula didenda £8.57 juta kerana pelanggaran yang berlaku semasa di bawah pemilik sebelum ini, Roman Abramovich.

Manchester United turut didenda 300,000 euro oleh Uefa atas satu pelanggaran kecil peraturannya pada Julai.

Bagaimana Chelsea cuba elak langgar peraturan







Chelsea telah menandatangani ramai pemain dengan tempoh kontrak jangka panjang sejak di bawah era Boehly, dengan bayaran bagi khidmat Mykhailo Mudryk berjumlah £89 juta (tempoh kontrak selama lapan setengah tahun).

Ini bermakna nilai beliau adalah sekitar £10 juta setahun berdasarkan akaun tahunan kelab itu.

Sedang Uefa mengetatkan peraturannya dalam musim panas ini bagi mengehadkan proses ‘memecahkan’ bayaran pemindahan sepanjang tempoh maksimum lima tahun, Chelsea tidak akan bermain di Eropah musim ini. Maka mereka tidak perlu bimbang tentang hal itu.

EPL masih belum mengenakan peraturan had sedemikian pada masa ini. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >