Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Sukan Asia: Shanti mara ke final 100m larian pecut wanita

Sep 29, 2023 | 10:09 PM



HANGZHOU (China): Pada Jumaat malam, ratu pecut Singapura Shanti Pereira kelihatan sedikit bimbang selepas menamatkan pusingan saringannya dalam acara larian pecut 100 meter wanita Sukan Asia di tempat ketiga daripada sembilan pesaing.


Namun, juara Asia berusia 27 tahun itu boleh bernafas lega setelah mendapati catatan masanya, 11.42 saat, dalam Saringan 2 di Stadium Pusat Sukan Olimpik Hangzhou cukup untuk menempah tempatnya ke peringkat akhir pada Sabtu. 

Secara keseluruhan, Shanti menduduki tempat keenam daripada 25 pelari.

Dua pelari terbaik daripada setiap saringan dan dua masa terpantas seterusnya dalam kelompok pesaing keseluruhan layak ke final.

Tiada separuh akhir bagi acara ini.

Harapan tuan rumah China, Ge Manqi, menjuarai pusingan saringan dengan masa, 11.17; diikuti dua warga Bahrain, juara bertahan Edidiong Odiong dan Hajar Alkhaldi, yang kedua-duanya mencatat masa 11.34.

Masa terbaik peribadi Shanti dalam acara 100 meter adalah 11.20.

Rakan senegara Elizabeth-Ann Tan mendapat tempat ke-15 secara keseluruhan, dengan catatan masanya, 12.00.

Larian pecut 200 meter, yang bakal bermula pada Ahad, adalah acara kegemaran, atau ‘pet event’, Shanti.

Sejak Mac, beliau telah enam kali mencatat semula rekod kebangsaan 100 meter dan mengatasi masa 200 meternya empat kali.

Pada Mei, beliau memenangi emas dalam 100 meter dan 200 meter dalam Sukan SEA di Kemboja, untuk menjadi wanita Singapura pertama yang meraih kemenangan berganda dalam acara larian pecut.

Beliau mengulangi kejayaan itu dalam Kejohanan Olahraga Asia di Bangkok dua bulan kemudian.

Di Kejohanan Olahraga Dunia pada Ogos, beliau menjadi warga Singapura pertama untuk sampai ke separuh akhir setelah mencatat masa 22.57 saat dalam pusingan saringan 200 meter, dan melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2024 di Paris.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >