Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Walau tersekat ke final Shanti Pereira boleh berbangga

Pelari S’pura duduki tempat keenam dalam separuh akhir ketiga; layak ke Olimpik Paris
Aug 25, 2023 | 11:47 AM



Ratu pecut Singapura Shanti Pereira tersekat dalam lariannya untuk ke final 200 meter Kejohanan Atletik Dunia pada Khamis.

Namun juara Asia itu boleh berbangga kerana berjaya melayakan diri ke Olimpik Paris dan menjadi warga Singapura pertama mencapai sejauh itu dalam sebuah pertandingan dunia.

Di Pusat Atletik Kebangsaan Budapest, Pereira mencatat masa 22.79 saat untuk menduduki tempat keenam dalam separuh akhir ketiga.

Juara dunia 200 meter Shericka Jackson dari Jamaica mencatat masa terpantas 22.00 saat dalam separuh akhir itu, diikuti warga Amerika Sha’Carri Richardson (22.20 saat), yang memenangi acara 100 meter pada Isnin.

Dua tempat teratas daripada setiap separuh akhir mara ke peringkat akhir, bersama dua perlari terpantas seterusnya.

Warga Amerika, Gabriella Thomas mencatat masa terpantas 21.97 saat dan pelari terakhir yang layak ke final ialah Anthonique Strachan dari Bahamas, (22.30 saat).

Pereira berada di tempat ke-17 dalam kalangan 24 peserta acara itu.

Dalam tahun yang penuh dengan rekod baru, Pereira mencipta lebih sejarah untuk dirinya dan Singapura pada Rabu, apabila beliau mara daripada pusingan saringan dengan mencatat masa 22.57 saat, lebih pantas daripada rekod nasionalnya yang lalu, 22.69 saat.

Sebelum ini, beliau bersaing dalam acara 200 meter di tiga kejohanan dunia sebagai ‘wild card’ (memasuki pertandingan tanpa menyertai pusingan kelayakan), tetapi kali ini Pereira layak berlumba di Hungary melalui ranking dunianya bagi kededua acara, 100 meter dan 200 meter.

Beliau merupakan rakyat Singapura pertama berbuat demikian sejak 2011, apabila Atletik Singapura mula menjejak data sedemikian.

“Sejujurnya, pengalaman di sini begitu berbeza kerana saya melayakkan diri menerusi ranking dunia saya... saya rasa saya layak menyertai kumpulan atlet terbaik di sini,” kata Pereira apabila beliau berjaya mara ke pusingan separuh akhir.

Pelari berusia 26 tahun kini akan memberikan tumpuan pada acara utama tahun ini, iaitu Sukan Asia yang berlangsung dari 23 September hingga 8 Oktober di Hangzhou, China.

“Secara keseluruhannya, kami sangat berpuas hati dengan persembahannya. Beliau terus menjadi warga Asia terpantas dan ini adalah petanda baik untuk kita bagi Sukan Asia,” kata jurulatih Pereira Luis Cunha kepada The Straits Times.


Beliau dijangka memenangi acara itu, setelah mencatat masa terpantas di Asia untuk kededua jarak tersebut musim ini.

Dalam tahun di mana Pereira bertambah pantas, pencapaian beliau juga semakin bertambah.

Pada Julai, beliau merangkul dua kemenangan bersejarah bagi kededua acara,100 dan 200 meter, di kejuaraan Asia di Bangkok, hanya dua bulan selepas mencapai kejayaan itu di Sukan SEA di Phnom Penh.

Sejak Mac, Pereira telah memecahkan rekod peribadinya bagi 100 meter sebanyak enam kali dan 200 meter sebanyak empat kali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >