Sukan Para Asia Keempat menutup tirainya pada malam 28 Oktober, dengan tema ‘Hati Bertemu Impian Bersinar’ yang menonjolkan semangat dan perpaduan sukan.
Sejumlah 3,021 atlet dari 44 negara dan wilayah menyertai pertandingan di Hangzhou, yang menandakan kali kedua China menjadi tuan rumah acara sukan para benua berikutan edisi sulungnya pada 2010 di Guangzhou.
Secara keseluruhan, 468 atlet merangkul sekurang-kurangnya satu pingat, mencipta 21 rekod dunia baru, 72 rekod baru Asia dan 283 rekod acara temasya merentasi 22 sukan.
Singapura menduduki tempat ke-17 dengan tiga emas, tiga perak dan dua gangsa.
Namun Sukan Para Asia untuk Singapura bukan sahaja demi memenangi pingat.
“Raikan atlet para kami yang bertanding dengan penuh semangat dan sepenuh hati dalam Sukan Para Asia minggu ini.
“Setiap daripada mereka, 31 semuanya, mempunyai kisah keberanian mereka sendiri, yang menaikkan semangat kita semua,” kata Presiden Tharman Shanmugaratnam di Instagram.
Beliau turut memberi penghormatan kepada atlet para Singapura sambil berkata “terdapat tujuan lebih luas dalam temasya tersebut”, yang mempamerkan dedikasi dan tekad yang dimiliki atlet para itu sendiri.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg