Sukan SEA: Dhani Andika menang emas pertama silat
Dec 17, 2025 | 12:56 PM
Dhani Andika Razali (kiri) meraih pingat emas pertama bagi Silat negara setelah menundukkan seteru dari Indonesia, Khoirudin Mustakim, dengan keputusan 41-21 dalam pertarungan sengit Kelas bawah 45kg. - Foto BH oleh KHALID BABA
Dhani Andika Razali menyemarakkan suasana Dewan Impact Forum dengan sorakan gemuruh apabila menghadiahkan pingat emas pertama pasukan Silat negara.
Dhani mengibarkan bendera Singapura di arena buat pertama kali lalu menyambut kejayaan itu dengan memekik “siu” dengan kuat bersama rakan sepasukan.
Beliau menundukkan seteru dari Indonesia, Khoirudin Mustakim, dengan keputusan 41-21 dalam pertarungan sengit Kelas bawah 45kg.
Kejayaan itu lebih manis untuk Dhani, yang akhirnya merangkul gelaran Sukan SEA pertama, selepas terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa pada edisi temasya 2023, bahkan mengatasi juara bertahan Kelas A dari Sukan SEA 2023.
Laporan berkaitan
2 pesilat S’pura mara ke final Sukan SEADec 16, 2025 | 8:02 PM
Tiga gangsa terjamin, pesilat S’pura mara ke separuh akhirDec 15, 2025 | 9:11 PM

