Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SEA KEMBOJA 2023

Empat pesilat S'pura hanya selangkah dari genggam pingat emas

May 10, 2023 | 05:30 AM



 SILAT



EMPAT pesilat Singapura kini hanya selangkah lagi untuk menggenggam pingat emas dalam Sukan SEA 2023 selepas berjaya mara ke pusingan akhir acara tanding.



Di Dewan E Pusat Konvensyen Chroy Changvar pada Selasa, pendatang baru dalam Sukan SEA, Nadhrah Sahrin tenang mengatasi lawan, Angeline Abordo Virina dari Filipina untuk menang 57-26 dalam separuh akhir kelas A puteri (45-50kg).



"Saya mengambil sedikit masa untuk memanaskan badan dalam perlawanan. Pada pusingan pertama, saya agak goyah. Tetapi, selepas itu, saya menjumpai keyakinan saya," kata Nadhrah, 18 tahun, yang meraih inspirasi daripada ibu bapanya yang hadir untuk memberi sokongan di Phnom Penh.



"Saya tidak menjangka mereka akan berada di sini...Tetapi, kehadiran mereka dan penyokong Singapura lain memberi saya keyakinan."



Seterusnya, Nadhrah akan bertemu musuh yang dikenali, Nor Farah Mazlan dari Malaysia.



Kededua mereka pernah bersaing dalam perlawanan akhir Kejohanan Dunia di Melaka pada Julai 2022. Kemenangan berpihak kepada Farah, 25 tahun.



Nadhrah sasar untuk menebus kekalahan lalu dalam pusingan akhir yang berlangsung pada 10 Mei.



"Saya menonton pertarungan separuh akhirnya dan ia hampir sama seperti sebelum ini...Saya sudah menyusun pelan permainan untuk berentap dengannya," tambah beliau.



Tiga lagi pesilat tanding negara turut berjaya ke pusingan akhir.



Pasangan adik-beradik Sheik Ferdous dan Sheik Farhan Sheik Alau'ddin menempah tiket ke pentas akhir Sukan SEA buat edisi berturut-turutnya.



Ferdous, 27 tahun, pemenang pingat perak di Sukan SEA lalu pada Mei 2022, menewaskan warga Malaysia Afiq Aniq Fazly 28-13 dalam separuh akhir kelas G putera (75-80kg).



Farhan, 25 tahun, pula mengatasi saingan sengit daripada pesilat Indonesia, Ronaldo Neno untuk menang 21-20 dalam separuh akhir kelas I putera (85-90kg).



Farhan bakal menyasarkan emas ketiganya dalam Sukan SEA.



Nurshahfareeq Shahrudin, dalam penampilan sulungnya di Sukan SEA, juga beraksi cemerlang untuk menewaskan pesilat handal Thailand Pimpirat Tonkhieo 57-47 dalam separuh akhir kelas H putera (80-85kg).



Seorang lagi pesilat negara, Dhani Andika Razali (kelas bawah 45kg putera) akan bertanding dalam perlawanan separuh akhirnya pada hari terakhir persaingan pada pagi 10 Mei.



Dua pingat gangsa turut diperolehi pesilat Singapura pada Selasa.



Nurul Suhaila Saiful (kelas E puteri 65-70kg) tidak dapat mempertahankan emasnya, yang dimenangi dalam edisi lalu di Hanoi, apabila terkandas 10-26 kepada pesilat Vietnam Quang Thi Thu Nghia pada separuh akhir.



Suhaila, 28 tahun, terpaksa berpuas hati dengan gangsa keempatnya dalam enam penampilan Sukan SEA.



Muka baru Tuhfah Izzah Roslan (kelas puteri bawah 45kg) pula boleh berbangga membawa pulang pingat gangsa selepas kalah 0-6 kepada warga Malaysia Norsyakirah Muksin dalam separuh akhir.



Sehingga Selasa, skuad silat Singapura telah menggondol lima pingat - satu emas dan empat gangsa - di Kemboja. Emas Singapura dimenangi oleh pasukan seni wanita.



Pada edisi lalu Sukan SEA, skuad silat negara membawa pulang empat emas, tiga perak dan empat gangsa untuk mencatat prestasi terbaiknya di temasya sukan itu.



Ketua pegawai eksekutif Persekutuan Silat Singapura (Persisi) Sheik Alau'ddin Yacoob Marican sebelumnya memberitahu Berita Harian (BH) bahawa empat emas menjadi sasaran negara kali ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >