Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sukan SEA: Pasukan 4x100m lelaki, wanita raih tempat keempat

Pasukan wanita catat rekod nasional dengan 44.41 saat
Dec 15, 2025 | 8:55 PM
Pasukan larian berganti 4x100m wanita Singapura meraih tempat keempat di Sukan SEA 2025. Mereka terdiri daripada (dari kiri) Laavinia Jaiganth, Elizabeth-Ann Tan, Kerstin Ong, dan Shanti Pereira.
Pasukan larian berganti 4x100m wanita Singapura meraih tempat keempat di Sukan SEA 2025. Mereka terdiri daripada (dari kiri) Laavinia Jaiganth, Elizabeth-Ann Tan, Kerstin Ong, dan Shanti Pereira. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Pasukan larian berganti 4x100 meter lelaki dan wanita Singapura terlepas podium apabila masing-masing menamatkan saingan di tempat keempat pada Sukan SEA 2025.

Bagi pasukan wanita, gandingan Shanti Pereira, Elizabeth-Ann Tan, Laavinia Jaiganth dan Kerstin Ong mencatat masa 44.41 saat, di belakang Thailand (43.88s), Vietnam (43.91s) dan Filipina (43.97s). Walaupun gagal meraih pingat, kuartet tersebut mencipta sejarah apabila memecahkan rekod dengan memperbaiki catatan 44.66 saat yang diraih Pereira, Tan, Jaiganth dan Shannon Tan di Kejohanan Olahraga Asia pada Mei lalu.

Pasukan lelaki turut berkongsi nasib sama apabila mencatat masa 39.68 saat, namun tidak mampu menyaingi pecutan tiga pasukan teratas Thailand yang muncul juara dengan 38.28s, diikuti Malaysia (39.03s) dan Indonesia (39.51s). Kuartet negara terdiri daripada Marc Brian Louis, Xander Ho, Daryl Tan dan Tate Tan.

Sementara itu, pelari lompat pagar negara, Calvin Quek, melakar sejarah apabila memenangi pingat emas acara 400 meter lompat pagar, menamatkan penantian Singapura sejak edisi 1965. Quek mencatat masa 50.27 saat untuk mengungguli perlumbaan di Stadium Nasional Suphachalasai pada 15 Disember, menewaskan duo Vietnam, Nguyen Duc Son (50.80s) dan Le Quoc Huy (50.91s).

Kejayaan tersebut merupakan pingat emas ketiga buat pasukan olahraga Singapura di Sukan SEA 2025, sekali gus menandakan pencapaian penting dalam kempen negara di temasya dwitahunan itu.

Pelari lompat pagar negara, Calvin Quek (tengah) memenangi pingat emas di perlumbaan 400m lompat pagar di Sukan SEA 2025 yang diadakan di Stadium Nasional Supachalasai pada 15 Disember.
Pelari lompat pagar negara, Calvin Quek (tengah) memenangi pingat emas di perlumbaan 400m lompat pagar di Sukan SEA 2025 yang diadakan di Stadium Nasional Supachalasai pada 15 Disember. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg