Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Sukan SEA: Pesilat Hazim, Raazaq mara ke separuh akhir acara tanding

May 13, 2022 | 06:26 PM



HANOI: Pasukan silat Singapura akan dapat menambah pungutan pingat mereka di Sukan SEA Vietnam, selepas dua pesilat negara berjaya melayakkan diri ke suku akhir acara tanding hari ini (13 Mei).



Di Gimnasium Bac Tu Liem di Hanoi petang tadi, Muhammad Hazim Mohd Yusli, 20 tahun, menjadi pesilat pertama menempah tempat di separuh akhir.



Juara dunia itu mengecewakan penonton tempatan dengan mengalahkan Vu Van Kien dari Vietnam 43-22 dalam suku akhir tanding putera kelas C (55-60kg).



Hazim telah memenangi pingat emas dalam acara tanding putera kelas B (50-55kg) di edisi 2019 Sukan SEA. Beliau bakal berentap dengan pesilat Laos, Chansamone Phomsopha, esok (14 Mei).



Abdul Raazaq Abdul Rashid, juga 20 tahun, yang membuat penampilan sulung di Sukan SEA, dinobat pemenang dalam suku akhir tanding putera kelas F (70-75kg).



Lawan beliau dari Laos, Feng Vongphakdy, disingkirkan selepas menerima tiga amaran kerana berlawan secara berbahaya.



Raazaq bakal menentang warga Malaysia, Mohd Al Jufferi Jumari, dalam separuh akhir Ahad ini.



Namun, kemenangan tidak berpihak kepada dua wira negara.



Muka baru dalam Sukan SEA, Aniq Asri Mohd Yazid dan Muhammad Riansyauqi Mistam, tumpas dalam acara masing-masing.



Aniq, 16 tahun, jatuh di tangan pesilat Indonesia, Khoirudin Mustakim 31-55 dalam suku akhir tanding putera kelas B (50-55kg), sementara Riansyauqi, 20 tahun, terpaksa menarik diri dalam pusingan ketiga selepas bahu kanannya cedera. 



Pasukan silat Singapura sudah menggondol empat pingat - satu emas, satu perak dan dua gangsa - daripada acara seni di Hanoi.



Lagi lima pesilat negara dijangka masuk gelanggang pada Sabtu ini bagi acara tanding. 



Dalam edisi lalu Sukan SEA di Manila, Filipina pada 2019, Singapura membawa pulang lima pingat – dua emas, satu perak dan dua gangsa – daripada lapan acara yang disertai.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persekutuan Silat Singapura (Persisi), Sheik Alau’ddin Yacoob Marican, sebelum ini memberitahu Berita Harian beliau menjangka pesilat negara mampu meraih tiga pingat emas, dua pingat perak dan tiga pingat gangsa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >