Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Sukan SEA: Tenis meja tebus maruah dalam acara perseorangan, Koen Pang juara lelaki pertama lahir di S’pura

Dec 10, 2019 | 05:21 PM



 





MANILA - Pasukan tenis meja negara menebus maruah mereka menyapu bersih kedua-dua pingat emas dalam acara perseorangan di Pusat Pameran dan Konvensyen Subic Bay di Subic petang ini (10 Disember).



Singapura dijamin pingat emas selepas kedua-dua perlawanan akhir itu didominasi atlit negara.



Koen Pang menjadi juara pertama yang lahir di Singapura untuk meraih pingat emas dalam acara perseorangan lelaki di Sukan SEA.



Lebih manis lagi, Pang, 17 tahun, mencapai kejayaan ini dalam penampilan sulungnya di temasya sukan itu. 



Juara dunia bawah 18 tahun itu mengalahkan rakan senegara Clarence Chew 4-0 (11-5,11-7, 11-7, 12-10) dalam perlawanan akhir petang ini. 



Dalam acara perseorangan wanita pula, Lin Ye dinobat juara selepas juara bertahan Feng Tian Wei terpaksa menarik diri daripada perlawanan akibat kecederaan.



Ini merupakan pingat emas pertama Lin, pemain nombor 63 dunia, dalam acara perseorangan di temasya sukan dwitahunan itu.



Dalam empat acara tenis meja yang dipertandingkan di Filipina, Singapura hanya berjaya mengutip dua pingat emas, tiga pingat perak dan dua gangsa (acara ganda wanita).



Gandingan Pang dan Josh Chua dalam acara ganda lelaki hanya meraih pingat perak selepas mereka kalah 1-4 kepada Vietnam, Jumaat lalu.



Ini merupakan pungutan keseluruhan pingat emas paling rendah negara di temasya sukan itu sejak 1997 di mana Singapura menang satu acara sahaja.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >