Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

4 sukan unik

PHNOM PENH: Temasya dwitahunan Sukan SEA yang dirasmikan pada Jumaat di Kemboja menyaksikan lebih 7,000 atlet dari negara-negara Asia Tenggara akan bertarung dalam 36 sukan. Edisi temasya kali ini turut menampilkan sukan tempatan dari negara tuan rumah dan sukan-sukan unik lain. Berikut sukan unik yang ditampilkan - kun bokator, teqball, arnis dan chinlone.
May 09, 2023 | 05:30 AM



TEQBALL



SUKAN ini mula dicipta di Hungary pada 2012 dan ia dimainkan di atas meja melengkung khas.



Sukan ini merupakan gabungan antara bola sepak dan pingpong yang memerlukan ketangkasan, stamina dan sepakan akrobatik atas kepala.



Pasukan bola sepak antarabangsa terkemuka seperti Sepanyol dan Portugal bermain teqball sebagai aktiviti mengeratkan semangat pasukan semasa waktu rehat daripada latihan dan legenda bola sepak asal Brazil, Ronaldinho, menjadi duta bagi sukan itu



Ia adalah sukan demonstrasi di Sukan SEA kerana ia mencari pengiktirafan pingat di acara sukan lain di seluruh dunia.




CHINLONE



SUKAN ini sangat popular di kampung-kampung Myanmar dan pertama kali diperkenalkan dalam Sukan SEA pada 2013 di Naypytaw apabila Myanmar menjadi tuan rumah.



Enam pemain menahan bola daripada jatuh ke lantai menggunakan mana-mana bahagian badan kecuali tangan, dengan pemain melakukan lambungan semasa mereka menendang bola tinggi ke udara.



Dalam setiap perlawanan, dua pasukan melakukan set selama 10 minit, yang dijaringkan secara individu. Pasukan pertama untuk memenangi dua set menang.




KUN BOKATOR



DIPERCAYAI berasal sejak lebih 1,000 tahun oleh tentera empayar Khmer, yang tersebar di sebahagian besar Asia Tenggara, kun bokator merupakan seni mempertahankan diri asal Kemboja.



Ia menggabungkan penggunaan siku, tulang kering dan aksi 'kunci dan gelut' (lock and grapple).



Ia membuat penampilan sulung dalam Sukan SEA hanya setahun selepas tersenarai dalam Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan (ICH) Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).



Ia hampir pupus semasa rejim Khmer Rouge pada 1970-an, tetapi sukan itu berjaya menarik minat ramai pengikut Kemboja yang berminat untuk mengekalkan budaya mereka - Unesco menyebutnya sebagai "penjelmaan nilai sosial, budaya dan agama Kemboja".



Kemboja mempunyai kelebihan jelas dalam kun bokator, tetapi antara atlet asing yang ingin menewaskan tuan rumah di gelanggang sendiri adalah bintang seni bela diri campuran (MMA) asal Filipina, Mark Striegl.




ARNIS



SENI bela diri dari Filipina menggunakan kayu ini membuat penampilan semula pada 2023.



Ia tampil pada 2005 dan 2019 apabila negara itu menjadi tuan rumah Sukan SEA.



Bagi arnis, dua atlet berperisai badan dan bertopi keledar cuba mengenakan pukulan antara satu sama lain dengan baton yang diperbuat daripada rotan.



Dalam disiplin anyo pula, atlet perseorangan akan memakai pakaian tradisional untuk rutin koreografi dengan senjata.



Arnis dan kun bokator bukan satu-satunya seni bela diri kebangsaan yang membuat penampilan.



Terdapat juga vovinam - gaya akrobatik asal Vietnam - dan pencak silat. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >