Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PREVIU MANCHESTER UNITED lawan LIVERPOOL

Sukar bayangkan kemenangan buat United

Aug 22, 2022 | 05:30 AM



MANCHESTER: Meskipun sedang mengalami permulaan musim paling buruk dalam sejarahnya, tiga mata di Old Trafford malam ini akan meletak Manchester United di atas Liverpool di tangga liga. Ini setelah Liverpool hanya mampu seri dalam dua perlawanan pembukaannya, termasuk ketika menentang Crystal Palace di Anfield di mana penyerang bintang mereka, Darwin Nunez, dibuang padang.



Namun, sekarang sukar membayangkan kemenangan United, sekalipun di padangnya sendiri.



"Liverpool, apabila mereka bermain pada tahap 50 peratus, mampu menewaskan pasukan United ini, Sekurang-kurangnya berdasarkan prestasi United ketika menentang Brentford, apabila pemain melakukan kesilapan bodoh, kemudian tidak mempunyai semangat untuk bangkit mengatasi keadaan," kata legenda United, Rio Ferdinand. United tewas 4-0 kepada Brentford, dengan semua gol bolos dalam separuh masa pertama.



Menjelang perlawanan menentang seteru lama mereka (3 pagi waktu Singapura), pengurus United Erik ten Hag mengendalikan latihan tambahan. Jelas beliau tidak puas hati mengenai persembahan anak buahnya di Brentford, lepas kekalahan 2-1 kepada Brighton di padang sendiri.



"Kami kecewa, itu sudah pasti. Bukan tentang keputusan itu saja tapi lebih penting lagi, persembahan," ujar ten Hag. "Namun, perlawanan menentang Liverpool adalah peluang untuk pemain menebus maruah diri mereka. Mereka perlu melakukannya untuk penyokong kami. Betul Liverpool adalah pasukan gagah, antara yang terbaik di Eropah, jadi kami mesti menyerlahkan keupayaan kami yang sebenar," tegasnya.



Seorang lagi legenda United, Gary Neville, berkata tidak pernah perlawanan menentang Liverpool disambut penuh kebimbangan oleh penyokong United sebagaimana perlawanan malam ini. "Kami bimbang, apakah kami akan menanggung kekalahan 4-0, 5-0, 6-0? Ini satu kemungkinan besar," katanya.



"Ia mencerminkan sejauh mana kejatuhan United dan sesuatu yang penting, yang besar harus dilakukan untuk mengatasi kemerosotan ini," katanya lagi.



ten Hag sementara itu menekankan sekali lagi pasukannya memerlukan suntikan pemain baru untuk memperkukuh skuad. Dan semua di United sedang gigih bekerja untuk menjadikan kenyataan beberapa kemungkinan. "Kami tahu pasukan ini perlu kesegaran, perlu diperkukuh. Dan kami sedang berusaha gigih, dan akan terus berusaha gigih hingga jendela pemindahan ditutup," ujarnya.



Sementara itu, Liverpool sendiri ada kekecewaannya sendiri yang harus diperbetul. Pengurusnya, Jurgen Klopp, berkata persembahan menentang Fulham dalam perlawanan pembukaan yang berakhir 2-2 tidak mencerminkan keupayaan sebenar pasukannya. Kad merah Nunez pada awal separuh masa kedua bermakna pasukannya gagal mencapai tahap persembahan yang diperlukan untuk mengalahkan Palace.



Meskipun enggan terbawa-bawa dengan keprihatinan sebahagian penyokong bahawa pesaing utama mereka, Manchester City, sudah mendapat enam mata penuh, Klopp berkata perkara itu harus menjadi pertimbangan.



"Matlamat kami musim ini ialah kejuaraan liga, jadi hakikatnya kami harus meneliti perkembangan pasukan di sekeliling kami. Namun, masih terlalu awal dan pada tahap prestasi kami sekarang, yang lebih penting ialah memastikan kami fokus pada diri kami sendiri.



"Bermula di Old Trafford, kami perlu buktikan keupayaan kami sebenar dan mendapatkan momentum yang kami perlukan bagi satu musim yang baik," ujar. Bekas pemain Liverpool Jamie Carragher berpendapat tidak ada tempat lebih baik, dan masa lebih sesuai, untuk Liverpool memulakan musim mereka daripada di Old Trafford malam ini.



"United kini dalam keadaan huru-hara," katanya. "Dan masa terbaik untuk mengatasi musuh anda ialah apabila mereka sedang cedera. United kini cedera parah, dan Liverpool mempunyai cukup senjata untuk melukakan mereka," ujar beliau.



Bagi Carragher, persembahan Liverpool tidak seteruk yang ramai gambarkan. Masalahnya ialah mereka melakukan kesilapan demi kesilapan yang tidak mereka lakukan musim lalu dan sebelumnya.



"Setiap perlawanan di Liga Perdana England adalah sukar, kita tahu hakikat itu. Siapa sahaja boleh tewas pada bila-bila masa. Reputasi, jumlah yang dibelanjakan untuk pemain, boleh tolak tepi. Jadi untuk memenangi liga, pemain perlu fokus 100 peratus, pada 100 peratus waktu. Ini yang harus Liverpool lakukan dan lakukan secepat mungkin kerana jika mereka tidak berhati-hati, sebelum mereka sedari, mereka sudah ketinggalan terlalu jauh dari City," katanya.



Meskipun dengan semua pertimbangan, bekas pemain dan pengurus Liverpool, Graeme Souness, berpendapat tiga mata adalah milik pasukan Anfield itu.



"Saya tidak dapat lihat bagaimana benteng pertahanan dan midfield United dapat menangani kehebatan Liverpool. Petarungan penting ialah di bahagian midfield, dan kebetulan dan malangnya bagi penyokong United, di bahagian ini adalah kelemahan pasukan mereka.



"Saya bukan hanya menjangkakan kemenangan, tetapi kemenangan mudah bagi Liverpool," ujar beliau. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >