Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Sumbangan Shahril, Kusumawati dalam bola sepak S’pura dihargai

Nov 24, 2023 | 03:21 PM



Nama Shahril Ishak dan Noor Kusumawati Rosman tidak asing dalam arena bola Singapura, bahkan sering menjadi sebutan dan mencetuskan inspirasi kepada pemain muda. 

Shahril, 39 tahun, membuat 138 penampilan untuk pasukan Singa. 

Jumlah penampilan itu adalah ketiga tertinggi bagi pemain lelaki negara, di belakang pemain bek tengah, Daniel Bennett (142) dan Baihakki Khaizan (140).

Penjaga gawang, Kusumawati, 33 tahun, telah 51 kali menyarung jersi pasukan Singa wanita, dan menjadikannya srikandi bola sepak kedua dengan penampilan antarabangsa tertinggi selepas pemain pertahanan, Ernie Sontaril (58).

Shahril dan Kusumawati menggantungkan but masing-masing pada 2023.

Di Malam Anugerah Persatuan Bola Sepak (FAS) 2023 pada Khamis, kededua bekas kapten pasukan nasional Singapura itu diiktiraf. 

Mereka dikurnia Anugerah Pengiktirafan FAS atas sumbangan mereka kepada bola sepak negara.

Shahril berkata: “Anugerah ini sungguh bermakna bagi saya kerana sudah banyak yang telah saya korbankan untuk bola sepak Singapura. Ia menunjukkan bahawa usaha saya menyarung jersi negara selama ini dihargai dan berbaloi.”

Dalam kerjaya profesionalnya sepanjang 19 tahun, Shahril telah memenangi Kejohanan Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) tiga kali bersama Singapura. 

Shahril bersara pada Februari dan kini bergiat dalam bidang kejurulatihan. 

Jurulatih di Akademi Kelab Bola Sepak Singapura itu berkata: “Tiada kekesalan dalam perjalanan bola sepak saya. Selepas bersara, saya tidak mahu berhenti di situ sahaja.

“Saya melibatkan diri dalam kejurulatihan dan mungkin suatu hari nanti, saya dapat menyumbang kembali pada Persatuan Bola Sepak Singapura.”

Bagi Kusumawati, beliau berasa terharu dan bersyukur bahawa usaha pemain wanita negara turut diberi penghargaan.

Ia merupakan kali pertama seorang pemain wanita disampaikan anugerah itu.

“Ia perjalanan yang menggilakan. Saya fikir juga ia bagaikan ‘rollercoaster’ – ada turun dan naiknya. 51 penampilan antarabangsa adalah pencapaian besar buat saya,” akuinya.

Bekas pemain Lion City Sailors itu bersara pada Oktober selepas bersaing dalam Sukan Asia Hangzhou, iaitu penampilan sulung pasukan bola sepak wanita Singapura di temasya peringkat Asia itu.

Kusumawati sedang menikmati masa rehat daripada gawang bola untuk memberi tumpuan kepada keluarga, namun mempunyai rancangan untuk mengambil lesen kejurulatihan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >