Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Swiatek tepis cabaran Kenin di Terbuka Australia, Ruud mengaum

Jan 16, 2024 | 04:52 PM



MELBOURNE: Bintang tenis Poland, Iga Swiatek, mengatasi persaingan pembukaan mencabar dalam memburu gelaran Terbuka Australia sulungnya dengan mengalahkan juara 2020, Sofia Kenin, 7-6(2), 6-2 dalam cuaca panas di Arena Rod Laver pada 16 Januari.


Empat tahun selepas Swiatek memenangi satu-satunya pertemuan antara mereka sebelum ini dalam final Terbuka Perancis, pemain nombor satu dunia berusia 22 tahun itu bangkit dua kali daripada titik putus (breakpoint) untuk menang set pertama pada pemutus, atau tie-break.


Juara major empat kali itu menikmati persiapan mantap menjelang Grand Slam pertama tahun ini, dengan lima kemenangan berturut-turut acara perseorangan dalam perjalanan Poland ke final acara pasukan campuran Piala United, dan beliau berada di hadapan Kenin 3-2 dalam set seterusnya.

Warga Amerika Syarikat itu, yang bergelut dengan kecederaan, sakit dan isu luar gelanggang sejak beberapa tahun lalu, bertarung dengan berani dan berpeluang membalas serangan tetapi Swiatek, pemain pilihan utama, melebarkan kelebihannya untuk mencatat kemenangan.

“Ia bukanlah pusingan pertama yang paling mudah,” kata Swiatek, yang kini mempunyai 17 kemenangan berturut-turut selepas kejayaan di Beijing dan Final WTA tahun lepas serta di Piala United.

“Saya cuba mencari rentak saya, bermain mata penting dengan baik pada set pembukaan. Saya berasa tersisih dari segi masa. Yang pasti suhu lebih tinggi daripada sembarang perlawanan yang pernah saya main di sini dan saya perlu menyesuaikan diri dengan pergerakan bola dalam keadaan ini.”

Lawan seterusnya Swiatek ialah peserta final 2022, Danielle Collins, yang menewaskan bekas juara Angelique Kerber 6-2 3-6 6-1.

“Saya tidak boleh berkata bahawa saya mempunyai cabutan undi yang mudah di sini. Danielle adalah seorang pemain yang bagus, kami pernah bermain perlawanan sengit,” tambah Swiatek. “Setiap perlawanan berbeza, saya tidak akan menjangkakan apa-apa dan saya akan bersedia,” katanya lagi.

Pemain pilihan nombor 14 kejohanan ini, Daria Kasatkina, dari Russia, mengalahkan warga Amerika Peyton Stearns 6-2, 3-6, 6-2, tetapi beliau turut bergelut dengan cuaca.

“Ia berangin dan panas, jadi sukar untuk mengawal bola,” kata Kasatkina, sebelum memandang ke hadapan untuk pertembungan pusingan kedua dengan bekas juara Terbuka AS, Sloane Stephens.

“Saya sangat gembira dengan cara saya bermain pada set ketiga,” tambahnya.

Dalam acara lelaki, pemain pilihan ke-11 dari Norway, Casper Ruud, menikmati hari yang lebih selesa di bawah panas terik apabila beliau menyingkirkan Albert Ramos-Vinolas 6-1, 6-3, 6-1.

“Suhu di tanah air saya negatif 20, jadi ini agak berbeza. Lebih seronok berada dalam cuaca musim panas yang hangat,” kata Ruud, yang tewas pada pusingan kedua pada 2023.

“Badan dan tenis berasa hebat. Saya harap saya boleh bermain dengan baik di sini. Sudah beberapa tahun berturut-turut saya tidak dapat bermain seperti yang saya harapkan di sini. Semoga 2024 kita dapat mengubahnya,” tambah beliau.

Pemain pilihan ke-32 dari Czech, Jiri Lehecka, yang baru memenangi gelaran pertamanya di Adelaide International, meneruskan prestasi cemerlangnya di Australia dengan menewaskan pemain Sepanyol Bernabe Zapata Miralles 6-3, 6-2, 6-3. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >