Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Swiatek jaya mara ke pusingan ketiga, tumpaskan Saville

Aug 31, 2023 | 5:34 PM
MENANG: Iga Swiatek dari Poland berjaya mara ke pusingan ketiga Terbuka AS selepas menewaskan Daria Saville dari Australia.
MENANG: Iga Swiatek dari Poland berjaya mara ke pusingan ketiga Terbuka AS selepas menewaskan Daria Saville dari Australia. - Foto REUTERS

NEW YORK: Pemain tenis nombor satu, Iga Swiatek berjaya mara ke pusingan ketiga pertandingan Terbuka AS pada Rabu.

Namun, Swiatek tetap berhadapan persaingan sengit daripada Daria Saville.

Saville enggan memberikan Swiatek laluan mudah menjadi juara.

Selepas perlawanan pembukaannya bersama Rebecca Peterson dari Sweden dengan skor 6-0 6-1, Swiatek tidak kelihatan begitu selesa apabila terpaksa bergelut dengan pemain dari Australia itu untuk meraih kemenangan 6-3 6-4.

“Saya rasa seolah-olah saya keluar daripada kemelut sebab perlawanan itu bukan senang,” kata juara dari Poland itu.

Beliau akan bertemu dengan pemain seterusnya yang dianggapnya sebagai seorang teman terbaik dalam WTA Tour, Kaja Juvan dari Solvenia.

“Saya cuma rasa gembira sebab saya berjaya mara ke pusingan ketiga.”

Swiatek berkata sudah tentu, beliau ingin perbaiki diri dalam beberapa elemen permainan itu kerana beliau telah menjangkakan beberapa “kesilapan.”

“Ini hanya permulaan pertandingan, jadi sudah pasti saya akan perbaiki beberapa perkara tertentu,” katanya.

Saville pula, mencatatkan prestasi mengagumkan pada perlawanan pertamanya menewaskan Clervie Ngounoue, 17 tahun dari Amerika tanpa hambatan ketara 6-0 6-2.

Namun pemegang gelaran johan Grand Slam buat empat kali, Swiatek, memaparkan taraf mutu prestasi lebih baik yang tidak dapat diatasinya.

Saville, yang mengamalkan gaya permainan bermatlamat mengganggu pemikiran Swiatek serta memberi masalah kepadanya, berjaya berbuat demikian pada permulaan perlawanan itu dengan keputusan yang tidak berpihak kepada sebarang pemain. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg