Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

‘Tak Salah’ perbaharui kontrak bersama Liverpool, meski tergoda tawaran lumayan Liga Pro Saudi

Kelab Al-Ittihad pernah tawar 150 juta paun sterling untuk dapat khidmat penyerang handal kelahiran Mesir, Mohamed Salah
May 27, 2025 | 12:34 PM
Mohamed Salah, bola sepak, Liverpool
Mohamed Salah mendedahkan dirinya hampir menyertai Liga Pro Saudi pada musim panas ini sekiranya tidak menandatangani kontrak baru bersama Liverpool. - Foto EPA-EFE

LIVERPOOL: Bintang bola sepak kelahiran Mesir, Mohamed Salah, mendedahkan dirinya hampir menyertai Liga Pro Saudi pada musim panas ini sekiranya tidak menandatangani kontrak baru bersama Liverpool.

Penyerang berusia 32 tahun itu mengesahkan wujud perbincangan serius dengan pihak Liga Pro Saudi yang menawarkan peluang lumayan.

Pada 2023, Kelab Al-Ittihad pernah mengemukakan tawaran sekitar 150 juta paun sterling ($261.3 juta) untuk mendapatkan khidmatnya.

Liverpool menolak tawaran tersebut, namun pada masa sama berdepan risiko kehilangan Salah secara percuma apabila kontraknya menghampiri tarikh tamat.

Bagaimanapun, Salah akhirnya menandatangani kontrak baru selama dua tahun untuk kekal di Anfield selepas memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris buat kali kedua serta dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Tahunan.

“Ia satu peluang yang baik untuk saya. Jika saya tidak sambung kontrak dengan Liverpool, perpindahan itu mungkin berlaku. Hubungan saya dengan pihak Liga Pro Saudi sangat baik, kami berbincang dengan serius,” katanya kepada agensi berita, yang ditukil laman Sinar Harian.

Salah turut berterima kasih kepada penyokong Liverpool atas sokongan mereka yang mendorong kelab untuk mengekalkannya, walaupun dasar kelab cenderung untuk tidak menawarkan kontrak jangka panjang kepadanya.

“Perbincangan itu panjang. Saya faham dasar kelab, dan kami capai titik persefahaman yang menggembirakan semua pihak.

“Tekanan daripada penyokong juga memainkan peranan. Saya tahu dari awal mereka mahu saya kekal, dan mereka bantu menjayakannya,” katanya.

Salah menamatkan musim sebagai penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris dengan 29 gol dan turut mencatat 18 bantuan jaringan. - Agensi Berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg