Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tampines, Geylang seri, Balestier berpesta gol

Jul 25, 2024 | 3:00 PM
Kapten Geylang International, Rio Sakuma, meraikan gol saat-saat akhir beliau yang memastikan pasukannya seri 2-2 dengan BG Tampines Rovers.
Kapten Geylang International, Rio Sakuma, meraikan gol saat-saat akhir beliau yang memastikan pasukannya seri 2-2 dengan BG Tampines Rovers. - FOTO INSTAGRAM SPL

Tandukan cantik pemain pertahanan dan kapten Geylang International, Rio Sakuma, memastikan pasukannya seri 2-2 dengan BG Tampines Rovers dalam perlawanan di Stadium Jalan Besar pada 24 Julai.

Sakuma menyamakan kedudukan dalam waktu tambahan pada minit ke-95 menerusi hantaran tendangan sudut.

Perlawanan yang amat menyeronokkan itu melihat Tampines dua kali mendahului jaringan menerusi Glenn Kweh pada minit ke-26 dan Seia Kunori pada minit ke-75.

Namun, Geylang berjaya bangkit untuk menyamakan kedudukan, kali pertama menerusi Ryoya Taniguchi pada minit ke-55, sebelum Sakuma mencetuskan drama dalam saat-saat akhir.

Meskipun seri, Tampines kekal di tangga pertama, dengan 23 mata, iaitu satu mata di hadapan Lion City Sailors di tempat kedua. Geylang pula di tempat ketiga dengan 17 mata.

Dalam satu lagi perlawanan, Balestier Khalsa berpesta gol setelah menewaskan Tanjong Pagar 5-2 dengan penyerangnya, Kodai Tanaka, menjaringkan hat-trick.

Penyerang Balestier, Kodai Tanaka, jaringkan hat-trick dalam kemenangan 5-2 pasukannya ke atas Tanjong Pagar.
Penyerang Balestier, Kodai Tanaka, jaringkan hat-trick dalam kemenangan 5-2 pasukannya ke atas Tanjong Pagar. - Foto INSTAGRAM SPL
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg