Tampines henti rekod kemenangan sempurna Sailors

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tampines henti rekod kemenangan sempurna Sailors

Feb 23, 2026 | 3:59 PM

Tampines henti rekod kemenangan sempurna Sailors

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Pemain tengah Lion City Sailors' Kyoga Nakamura (kanan) bertembung bersama pemain pertahanan BG Tampines Rovers, Takeshi Yoshimoto. Perlawanan tersebut berakhir 1-1, menamatkan rekod kemenangan sempurna Sailors.
Pemain tengah Lion City Sailors' Kyoga Nakamura (kanan) bertembung bersama pemain pertahanan BG Tampines Rovers, Takeshi Yoshimoto. Perlawanan tersebut berakhir 1-1, menamatkan rekod kemenangan sempurna Sailors. - Foto ST

Selepas mengikat pendahulu Liga Perdana Singapura (SPL), Lion City Sailors, 1-1 dalam perlawanan tumpuan pada 22 Februari, pasukan di tangga kedua, BG Tampines Rovers, mempamerkan semangat mereka dan bertekad untuk terus memberi tekanan sehingga penghujung musim.

Keputusan seri di Stadium Jalan Besar itu menamatkan rekod kemenangan 100 peratus juara bertahan Sailors, yang sebelum ini hadir ke pertembungan dua pasukan teratas dengan 10 kemenangan daripada 10 perlawanan.

Tampines, yang mencatat tujuh kemenangan dan tiga seri daripada 10 aksi SPL, kekal tujuh mata di belakang Sailors namun masih memiliki kelebihan satu perlawanan.

Namun, pemain pertahanan Tampines, Jacob Mahler, tetap yakin mengenai peluang pasukannya memburu kejuaraan.

Beliau menekankan keupayaan skuad selepas minggu yang cukup baik bagi pasukannya.

Pada 18 Februari, mereka mencatat kemenangan 3-1 pada aksi timbal balik menentang Cong An Ha Noi dari Vietnam di Stadium Jalan Besar, sekali gus melangkah ke suku akhir Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2).

“Sudah tentu. Kami sudah membuktikannya. Bukan sahaja dalam liga, kami turut mara ke suku akhir ACL2. Ini bukan nasib semata-mata,” kata pemain berusia 25 tahun itu ketika ditanya sama ada pasukannya masih percaya mereka mampu mencabar Sailors.

“Saya percaya semua pemain bekerja keras. Kami tidak berada di sini secara kebetulan. Kami memang layak. Setiap perlawanan kami berikan segalanya dan kami ada kualiti. Kami sentiasa turun dengan sasaran tiga mata.”

Hakikat bahawa Mahler berasa kecewa dengan keputusan seri itu menggambarkan betapa tingginya cita-cita Tampines.

“Kami buat mereka keciciran mata, tetapi kami juga terlepas peluang,” katanya.

“Kini fokus kepada perlawanan seterusnya dan kami tahu perlu tampil lebih baik. Mungkin ini perlumbaan tiga penjuru bersama Albirex (Niigata). Kami perlu konsisten dan berusaha meraih tiga mata setiap minggu selepas ini.”

Jurulatih sementara Tampines, Robert Eziakor, yang ada masih berbaki 11 perlawanan SPL, sebulat suara dengan anak didiknya dan percaya mereka mampu mencabar Sailors.

“Kami sudah buktikan mampu bersaing dengan mereka,” katanya.

Perlawanan berlangsung dalam tempo sederhana dan kurang sengit dari awal hingga tamat.

Sailors membuka jaringan pada minit ke-21 susulan kelalaian benteng pelawat.

Pemain tengah Sailors, Bart Ramselaar, diberi ruang untuk mengumpan penyerang Jerman Lennart Thy yang menanduk masuk gol tunggal Sailors.

Walaupun Tampines sukar mencipta peluang jelas, mereka menyamakan kedudukan dengan hebat.

Koya Kazama melepaskan sepakan percuma jarak jauh padu yang menewaskan Ivan Susak.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg