Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Tempat Alli dalam skuad England jadi tanda tanya

May 19, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Menjelang kejohanan besar terakhir England, Dele Alli dianggap sebagai pemain kesebelasan utama.



Namun dengan lebih tiga minggu sebelum mulanya Euro 2020, nama beliau jarang disebut dalam perbincangan mengenai siapa yang patut dibariskan dalam skuad Gareth Southgate.



Kini, setelah tiga permulaan berturut-turut buat Tottenham, adakah nasib pemain berusia 25 tahun itu akan berubah - walaupun sudah terlambat untuk mendapat panggilan antarabangsa pada musim panas ini?



Sejak Spurs memecat Jose Mourinho dan melantik Ryan Mason sebagai pengurus sementara kurang sebulan lalu, Alli sudah hampir menggandakan jumlah minit Liga Perdananya untuk musim ini.



Permulaannya dalam kemenangan 2-0 ke atas Wolves Ahad lalu - di depan Southgate - adalah yang ketiga berturut-turut.



Ini adalah jumlah perlawanan Liga Perdana yang sama beliau memulakan dalam 12 bulan terakhir Mourinho.



Beliau juga beraksi di hujung perlawanan final Piala Carabao ketika Spurs tewas kepada Manchester City.



Pemain midfield itu telah menjaringkan 65 gol untuk Spurs sejak berpindah dari MK Dons pada 2015 - tetapi Januari lalu, ia kelihatan seperti masanya di kelab itu mungkin akan tamat, dengan timbul minat dari Paris St-Germain kendalian Mauricio Pochettino.



Namun Spurs dilaporkan tidak mahu membiarkan beliau pergi sekiranya mereka tidak menandatangani seorang lagi pemain midfield.



Justeru, beliau kekal di Spurs - dan Mason kagum dengan sumbangan terkininya.



"Dele adalah pemain terbaik saya dalam perlawanan," kata bekas rakan sepasukan Alli, Mason selepas kemenangan ke atas Wolves.



"Saya tidak dapat bercakap mengenai apa yang Gareth (Southgate) sedang fikirkan. Saya tidak tahu mengenai hal itu, tetapi bagi saya, Dele cemerlang.



"Saya tidak suka puji pemain tetapi ia sukar untuk tidak melakukannya sebab saya pasti semua orang dapat rasakan. Dia berlari, dia bersaing, dia memberi tekanan, dia cipta peluang.



"Saya pasti dia kecewa tidak mendapat gol untuk dirinya.



"Ia adalah persembahan cemerlang pemain nombor 10. Saya sangat, sangat berpuas hati."



Meskipun Alli tidak mempunyai peranan dalam kededua gol, beliau mempunyai empat percubaan - terkena palang gawang - sementara tiada rakan sepasukan lain yang terlibat dalam lebih banyak tumbang (tackle) atau pertarungan.



Gol Liga Perdana terakhirnya adalah sebelum mulanya perintah berkurung Covid yang pertama - penalti menentang Burnley pada Mac 2020.



Semua ketiga-tiga gol musim ini muncul dalam Liga Europa - di mana beliau merupakan pemain tetap dalam pasukan pinggiran di bawah Mourinho.



Alli, yang meraih penampilan terakhirnya daripada 37 penampilan antarabangsa buat England pada Jun 2019, memberitahu BBC Radio 5 Live: "Saya berasa baik.



"Saya telah bekerja keras sepanjang musim dalam latihan tetapi ia sukar untuk mengulanginya dalam permainan.



"Ada beberapa permainan di mana selepas lima minit anda rasa letih tetapi anda harus terus bekerja keras dan terus berjuang dan itulah yang saya cuba lakukan untuk pasukan.



"Ia mencabar tetapi saya masih hanya 25 tahun. Saya rasa tua tetapi perjalanan saya masih jauh. Saya akan berusaha sedaya upaya untuk kembali ke tahap saya sebelum ini dan mencapai lebih tinggi untuk menjadi pemain terbaik yang seboleh mungkin.



"Ini tidak seperti mana yang saya mahukan tetapi itulah bola sepak - anda tidak rancang perkara sebegini." - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >