Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA EREDIVISIE BELANDA

Ten Hag julang mahkota liga ketiga bersama Ajax

May 13, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Erik ten Hag memimpin Ajax Amsterdam menjuarai liga Eredivisie Belanda - dengan musim berbaki satu perlawanan - dengan menumpaskan Heenrenveen 5-0 di Johan Cryuff Arena kelmarin (waktu tempatan).



Ia kejuaraan liga ke-36 Ajax dan ketiga serta terakhir Ten Hag bersama kelab itu sebelum beliau mengambil alih tugas pengurus di Manchester United musim panas ini.



Ajax menjulang kejuaraan liga dengan 82 mata, empat mata lebih banyak daripada pesaing terdekatnya, PSV Eindhoven, sebelum perlawanan terakhir lusa.



Kemenangan itu adalah ucapan terima kasih yang layak diterima Ten Hag, yang bulan lalu diumumkan sebagai pengurus tetap United.



Ten Hag, 52 tahun, akan mengambil alih jawatan itu daripada bos sementara di Old Trafford, Ralf Rangnick, yang akan meneruskan khidmatnya bersama United sebagai konsultan.



Ten Hag telah mengikat kontrak tiga tahun yang boleh dilanjutkan setahun dengan United.



Pengurus tetap kelima yang dilantik sejak Sir Alex Ferguson bersara pada 2013 itu akan ke Old Trafford berbekal reputasi sebagai jurulatih berjaya dan boleh memupuk bakat dari usia muda.



Beliau mula menjadi ketua jurulatih di Ajax pada Disember 2017 dan memimpin kelab itu menjulang mahkota liga dan Piala Belanda dalam dua musim - 2018-19 dan 2020-21.



Namun, Ajax tewas 1-2 kepada PSV Eindhoven dalam Piala Belanda tahun ini. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >