Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SEA KEMBOJA 2023

Pasukan teqball S'pura kutip pingat emas pertama

May 10, 2023 | 05:30 AM



PASUKAN teqball Singapura berjaya mengutip pingat emas pertama pada Isnin melalui acara individu wanita yang dimenangi Sharifah Nur Amanina Syed Mohd Shahab dalam sukan demonstrasi Sukan SEA Kemboja.



Beliau merupakan satu-satunya atlet wanita yang mewakili negara dan antara atlet termuda dalam acara itu.



Kemenangan tersebut lebih manis buat pelajar berusia 15 tahun itu kerana ia merupakan penampilan sulungnya dalam temasya sukan itu.



Ketika dihubungi, beliau berkata: "Saya berasa teruja kerana ini kali pertama saya sertai Sukan SEA dan saya menang.



"Masih banyak yang perlu saya pelajari dan harus beri tumpuan."



Bagi skuad lelaki yang diwakili oleh tiga atlet dalam acara individu dan berganding, mereka tidak dapat mara ke peringkat seterusnya setelah langkah mereka terbantut di peringkat saringan.



Atlet acara individu Mohamed Farook Mohamed Farhan dan atlet berganding Muhammad Fahrish Khan dan Muhammad Fariz Muhammad Faizal masing-masing menang satu daripada tiga perlawanan mereka di peringkat saringan.



Dalam pada itu, ini merupakan julung-julung kalinya sukan itu dipertengahkan dalam Sukan SEA Kemboja sebagai sukan demonstrasi - ini bermakna ia tidak diambil kira dalam perhitungan rasmi bagi pingat.



Pada edisi Sukan SEA seterusnya, sukan tersebut dijangka akan dipertandingkan secara rasmi




"Saya berasa teruja kerana ini kali pertama saya sertai Sukan SEA dan saya menang. Masih banyak yang perlu saya pelajari dan harus beri tumpuan."



- Sharifah Nur Amanina Syed Mohd Shahab, atlet teqball.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >