Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Terus kejar... Liverpool menang lagi, kini hanya 1 mata di belakang City

Klopp dijulang keyakinan selepas pasukan jinakkan Arsenal; Spurs turut catat kemenangan untuk bersaing rebut empat tangga teratas
Mar 18, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Liverpool merapatkan jurang dengan pendahulu Liga Perdana England (EPL), Manchester City, kepada hanya satu mata dengan bos pasukan, Juergen Klopp, berjanji pasukannya akan terus memburu kejuaraan liga musim ini.



"Saya sangat ghairah mengenai pasukan dan keadaan yang kami berada sekarang," kata Klopp selepas menyaksikan The Reds menewaskan Arsenal 2-0 di Emirates kelmarin, hasil sumbangan gol babak kedua Diogo Jota dan Roberto Firmino.



"Kami hanya perlu terus berusaha. Saya tidak terlalu memikirkan mengenai City, itu hakikatnya. Saya tahu satu-satunya peluang yang kami ada ini ialah untuk menang sebanyak perlawanan yang mungkin kerana mereka pasti akan melakukan yang sama.



"Sejak beberapa tahun lalu, kami mendorong satu sama lain ke tahap luar biasa. Ia menjadikan setiap perlawanan seperti final. Anda pastinya menikmati perlawanan sebegini, tapi ia adalah saingan sengit, dan kemudian timbul aspek fizikal dan juga keletihan.



"Kami berdepan City tiga atau empat minggu lagi dan kami akan memberi mereka saingan yang sewajarnya."



Skuad kendalian Klopp memanfaatkan keputusan seri tanpa gol City ketika menentang Crystal Palace Selasa lalu untuk memastikan persaingan merebut kejuaraan musim ini bertambah sengit.



Liverpool kini telah memenangi sembilan perlawanan EPL berturut-turut, menjaringkan 23 gol dan hanya dibolosi dua kali.



Selepas ketinggalan 14 mata di belakang City pada 15 Januari, Liverpool kekal fokus dalam usaha memburu gelaran liga kedua mereka dalam tiga musim.



Kemenangan ke atas Watford dalam perlawanan liga seterusnya pada 2 April nanti pastinya akan meletakkan kelab Anfield itu lebih dekat dengan kejuaraan menjelang pertembungan penting menentang City kendalian Pep Guardiola di Etihad pada 10 April.



Dalam pada itu, pengurus Tottenham Hotspur, Antonio Conte, berkata Harry Kane "layak menang sesuatu" selepas penyerang itu menjaringkan gol dan beraksi cemerlang dalam kemenangan 2-0 mereka ke atas Brighton kelmarin.



Gol ketujuh Kane dalam enam perlawanan menjamin Spurs kemenangan yang wajar sekali gus menghidupkan semula harapan mereka untuk menyertai kelompok empat pasukan teratas liga.



Sementara itu, Brighton mengalami kekalahan keenam berturut-turut mereka dalam liga.



Bagi Kane, gol tersebut juga bermakna penyerang England itu kini telah menjaringkan lebih banyak gol di padang lawan (95 gol) dalam pertandingan itu berbanding pemain lain - dan menyaksikannya melompat ke tangga kelima di atas Frank Lampard, dengan 178 gol, dalam senarai penjaring terbanyak sejarah EPL.



"Saya berkongsi kegembiraan Kane... dalam setiap perlawanan beliau memang mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol untuk pasukan,"kata Conte.



"Pada permulaan musim, beliau berkial-kial sedikit... tidak menjaringkan banyak gol tetapi kini jalinannya dengan pasukannya begitu baik sekali... membuka peluang kepadanya menjaringkan gol dalam setiap perlawanan.



"Untuk mempunyai penyerang seperti (Kane) menjadikan kami lebih kuat tapi pada masa yang sama, beliau kini rasa positif... saya fikir beliau layak menang sesuatu dalam kerjayanya sebab kita sedang mengatakan mengenai seorang pemain yang hebat," tambah pengurus asal Italy itu.



Kemenangan itu menyaksikan pasukan Conte naik ke tangga ketujuh liga dengan 48 mata - tiga mata di belakang penghuni tempat keempat Arsenal yang mempunyai perlawanan dalam tangan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >