Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Thailand benam S’pura 3-2 dalam perlawanan persahabatan

Nov 13, 2025 | 10:44 PM
Pemain sayap Singapura, Glenn Kweh (kiri) meraikan gol beliau menentang Thailand dalam perlawanan persahabatan di Stadium Thammasat. Beliau menjaringkan dua gol dalam perlawanan tersebut, tetapi Thailand tetapi berjaya memenangi perlawanan dengan keputusan  3-2.
Pemain sayap Singapura, Glenn Kweh (kiri) meraikan gol beliau menentang Thailand dalam perlawanan persahabatan di Stadium Thammasat. Beliau menjaringkan dua gol dalam perlawanan tersebut, tetapi Thailand tetapi berjaya memenangi perlawanan dengan keputusan 3-2. - Foto FAS

Dua jaringan daripada pemain sayap Singa, Glenn Kweh tidak cukup untuk membantu pasukan negara mengelak kekalahan perlawanan persahabatan 3-2 kepada Thailand pada 13 November di Stadium Thammasat.

Pasukan bimbingan Anthony Hudson tampil garang, memulakan asakan terhadap benteng pertahanan pasukan Singa sejak wisel permulaan perlawanan.

Kepantasan Thailand memberi peluang kepad apasukan pelawat mendapat tendangan percuma seawal minit kedua.

Tendangan percuma tersebut menguji penjaga gawang Singapura, Izwan Mahbud, namun beliau berjaya menepis percubaan pemain sayap Thailand Supachok Sarachat.

Namun, asakan pasukan Thailand membuahkan hasil pada minit ke-14.

Percubaan Glenn untuk menanduk bola keluar disambut oleh pemain tengah Thailand, Sarach Yooyen di luar kotak penalti.

Beliau melepaskan rembatan kencang yang mengegar tiang gawang Singapura sebelum membolosinya.

Namun pasukan bimbingan Gavin Lee membalas dengan pantas untuk menyamakan kedudukan tidak sampai tiga minit selepas Thailand menjaringkan gol awal.

Bek kiri Singapura, Akram Azman menghantar bola cantik yang disambut rapi oleh bek kanan Ryhan Stewart yang kemudian mengumpan bola kepada Glen untuk menjaringkan gol penyamaan perlawanan.

Kededua pasukan mencipta beberapa peluang tetapi tidak berjaya memanfaatkannya dan separuh masa pertama berakhir 1-1.

Separuh masa kedua bermula mengikut rentak pantas Thailand sekali lagi.

Hanya seminit selepas perlawanan bersambung, tendangan sudut Thailand temui Teerathon Bunmathan yang menjaringkan gol jarak jauh untuk mendapatkan semula kelebihan bagi pasukannya.

Pada minit ke-52, Thailand menggandakan kelebihan mereka melalui pemain tengah Seksan Ratree.

Beliau menemui ruang di luar kotak penalti dan melepaskan percubaan jarak jauh yang berjaya melepasi Izwan untuk menjadikan perlawanan 3-1 – memihak kepada pasukannya.

Namun, semangat Singapura tidak patah dan mereka terus memburu gol dalam perlawanan tersebut.

Penyerang Singa, Shawal Anuar, menerima hantaran kemas pemain tengah Shah Shahiran, dan berjaya memasukkan bola ke dalam gawang Thailand, tetapi percubaan tersebut dibatalkan kerana didapati ofsaid.

Namun, Singa berjaya merapatkan jurang perlawanan pada minit ke-61.

Hantaran lintang Harhys Stewart temui kaki pemain gantian, Ikhsan Fandi, tetapi percubaan Ikhsan berjaya dihalang oleh penjaga gawang Thailand, Patiwat Khammai yang menolak bola keluar.

Namun, bola jatuh ke kaki Glenn sekali lagi untuk beliau menjaringkan gol kedua lantas menjadikan kedudukan 3-2.

Hasrat Singapura untuk bangkit tidak kesampaian dan perlawanan persahabatan tersebut berakhir 3-2.

Walaupun tewas, prestasi pasukan Singa dan semangat yang dipamerkan dalam perlawanan tersebut agak memberangsangkan.

Prestasi pasukan Singa meningkatkan keyakinan sebelum mereka menentang Hong Kong dalam aksi penting Kelayakan Piala Asia di Stadium Kai Tak Sports Park pada 18 November.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg