SUMBANGAN pemain ini kepada Arsenal telah menarik perhatian, dengan Rio Ferdinand, pemain bertaraf legenda di Manchester United, menganggap beliau sebagai tunggak pasukannya musim ini.
Partey menyertai Arsenal daripada Atletico Madrid dan Ferdinand berkata beliau tidak pernah melihat Partey beraksi sehebat musim ini di Sepanyol.
"Beliau mungkin tidak setaraf Casemiro, tetapi Partey adalah sebahagian faktor besar Arsenal begitu kuat musim ini," ujar Ferdinand.
Malah, Ian Wright, pemain bertaraf legenda Arsenal, berkata beliau bimbang jika kecederaan menimpa Partey kerana ia akan mengusik keseimbangan pasukannya.
Bersama Martin Odegaard dan Bukayo Saka, tiga pemain ini sukar digantikan, kata beliau.
"Sukar saya membayangkan Arsenal dapat terus mengekalkan cara permainan ini jika salah seorang daripada trio ini cedera," kata Wright.
Beliau menambah bahawa Odegaard adalah pemain terbaik Arsenal musim ini, tetapi beliau hanya dapat gelaran itu kerana disokong padu oleh Partey dan Saka.