Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

MENJELANG SUKAN SEA

Tiada dalam senarai awal atlet SG ke Vietnam: Jaguh maraton sedia cari huraian

Feb 18, 2022 | 05:30 AM



JUARA berganda Sukan SEA, Soh Rui Yong (gambar), berkata beliau menganggap sebarang pertelingkahan antara beliau dengan Majlis Sukan Olimpik Singapura (SNOC) adalah perkara silam dan beliau bersedia mencari penghuraian.



Namun beliau tidak dapat berbuat demikian tanpa kerjasama pihak lain yang terlibat.



Soh, pelari maraton terunggul negara, berkata demikian di media sosial selepas namanya sekali lagi tidak disertakan dalam rombongan atlet ke Sukan SEA di Hanoi, Vietnam, yang dijadual berlangsung 12-23 Mei nanti.



Ini walaupun beliau memenuhi masa kelayakan bagi dua acara di temasya sukan dwitahunan itu.



Nama Soh, 30 tahun, tidak dimuatkan dalam senarai 330 atlet dari 29 sukan yang diluluskan oleh jawatankuasa pemilihan SNOC yang dipengerusikan oleh presiden SNOC, Encik Tan Chuan-Jin.



Keadaan yang dihadapi Soh ini serupa dengan nasib yang menimpanya menjelang Sukan SEA 2019, di mana beliau juga tidak disertakan dalam rombongan Team Singapore, walaupun memenuhi masa kelayakan.



Kelmarin, seorang jurucakap SNOC berkata ia menolak pencalonan Soh oleh Atletik Singapura (SA) untuk dihantar ke Sukan SEA kerana tatalaku beliau tidak memenuhi piawaian tatalaku yang dijangka oleh SNOC ke atas atlet negara.



Menjawab pertanyaan The Straits Times, jurucakap SNOC berkata kriteria kelayakan telah diberitahu kepada semua persatuan sukan, termasuk SA dan tingkah laku Soh sejauh ini tidak memenuhi piawaian yang ditetapkan.



Soh juga tidak mengorak langkah untuk memperbetul kesilapan atau memohon maaf atas perbuatannya, kata jurucakap itu.



"Sebaliknya, Soh terus bertindak dengan cara yang mencabar, mempersenda atau tidak menghormati pertubuhan-pertubuhan dan individu, termasuk SNOC," kata jurucakap itu.



Memberi respons, Soh berkata beliau tidak bersetuju dengan kenyataan SNOC bahawa beliau tidak cuba memperbetul kesilapannya, dan berkata beliau telah bertemu dengan Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, pada bulan lalu. Encik Tong, kata Soh, telah menawarkan untuk membantu meleraikan keadaan itu.



"Bagi pihak saya, saya ingin memohon maaf bagi sebarang kesusahan yang timbul kerana tindakan saya pada masa lalu dan memohon maaf kerana Singapura sekali lagi tidak akan mendapat pingat emas maraton, berdasarkan keadaan pada masa ini.



"Saya ucapkan yang terbaik kepada pasukan negara yang akan bertanding di Vietnam," ujar Soh.



Soh masih mempunyai masa untuk merayu supaya disertakan dalam rombongan ke Sukan SEA. Namun, beliau berkata akan berunding dengan presiden SA, Lien Choong Luen, sebelum membuat keputusan lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >