Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA JUARA-JUARA

Tiada Lukaku, tiada masalah bagi Chelsea

Feb 24, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Chelsea menunjukkan mereka boleh mencipta kemenangan tanpa Romelu Lukaku apabila Kai Havertz menyerlah selepas menggantikan penyerang Belgium itu ketika kemenangan 2-0 ke atas Lille dari Perancis pada aksi pertama kelompok 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara Eropah dinihari semalam.



Skuad kendalian Thomas Tuchel mengawal pertemuan itu hasil tandukan babak pertama Havertz dan jaringan baik Christian Pulisic selepas rehat di Stamford Bridge.



Havertz, yang melakukan dua percubaan di awal permainan, menanduk masuk sepakan penjuru Hakim Ziyech pada minit kelapan dengan bola melantun terlebih dulu ke padang sebelum menerjah di bahagian atas jaring.



Chelsea, yang memilih untuk meletakkan Lukaku di bangku simpanan, memperoleh gol kedua pada minit ke-63 melalui pemain Amerika Syarikat, Pulisic, selepas menerima hantaran daripada N'Golo Kante.



"Mereka bermain dengan baik dan pada separuh masa pertama ia menyukarkan kami. Sekarang hanya separuh pertama... kami harus menang juga pada perlawanan seterusnya," kata Havertz.



Lille dari Perancis, yang berada di tangga teratas peringkat kumpulan selepas mengatasi Salzburg, Wolfsburg dan Sevilla, membayangkan azam membuat kejutan dengan melancarkan serangan-serangan melalui pemain tengah Renato Sanches, Benjamin Andre serta pemain sayap Jonathan Bamba.



Chelsea, yang akan berdepan Liverpool dalam perlawanan akhir Piala Liga awal pagi Isnin nanti, mungkin berpuas hati dengan kelebihan dua gol namun mereka bimbang mengenai tahap kecergasan pemain tengah, Mateo Kovacic dan Ziyech.



Tuchel turut berdepan masalah keletihan disebabkan jadual padat selepas perlu melalui lima kejohanan bulan ini.



Mereka meraih kejuaraan Piala Dunia Kelab di Abu Dhabi 10 hari lalu tetapi tiga pemain mengalami kecederaan - Ben Chilwell, Reece James dan Callum Hudson Odoi.



Mereka juga mencatat kemenangan dalam saingan Piala FA dan liga sebelum aksi awal pagi semalam serta final di Wembley awal pagi Isnin ini.



"Kami tidak beraksi pada tahap terbaik. Kami tidak mampu menunjukkan aksi agresif dalam beberapa minggu sebelum ini namun kemenangan 2-0 adalah sangat penting. Awal pagi Isnin ini kami berdepan satu lagi kejohanan dan kami harus fokus," kata Havertz.



Dalam perlawanan lain, Dusan Vlahovic menjaringkan gol kedua terpantas dalam sejarah Liga Juara-Juara semasa pasukannya Juventus diikat 1-1 oleh Villarreal.



Penyerang kelahiran Serbia itu, yang menyertai kelab Turin ini dari Fiorentina bulan lalu, hanya memerlukan 33 saat untuk menjaringkan golnya.



Juventus menguasai permainan sehinggalah barisan pertahanan mereka melakukan kesilapan pada minit ke-66 sekali gus memberi ruang buat Dani Parejo menjaringkan gol penyamaan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >