Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tiafoe janjikan pertaruhan ‘epik’ lawan Fritz pada separuh akhir Terbuka AS

Kededua rakan sejak kecil punyai impian yang sama rebut Grand Slam
Sep 4, 2024 | 4:57 PM
Pemain tenis Amerika, Frances Tiafoe, menyatakan perlawanan separuh akhir beliau dengan rakan senegaranya, Taylor Fritz, merupakan perlawanan yang akan menghiburkan. Pemenangnya akan membawa harapan Amerika untuk merebut Grand Slam pertama mereka sejak 2003.
Pemain tenis Amerika, Frances Tiafoe, menyatakan perlawanan separuh akhir beliau dengan rakan senegaranya, Taylor Fritz, merupakan perlawanan yang akan menghiburkan. Pemenangnya akan membawa harapan Amerika untuk merebut Grand Slam pertama mereka sejak 2003. - Foto EPA-EFE

NEW YORK: Frances Tiafoe menjanjikan pertaruhan hebat peringkat separuh akhir Terbuka Amerika Syarikat menentang Taylor Fritz.

Rakan sejak zaman kanak-kanak, walaupun kedua-duanya mempunyai perwatakan yang berbeza, mereka mempunyai impian yang sama – merebut Grand Slam untuk Amerika sejak sekian lama.

Tiafoe mara ke peringkat separuh akhir Grand Slam pertama yang diwakili oleh kededua warga Amerika sejak 2005 dengan mengalahkan Grigor Dimitrov 6-3 6-7(5) 6-3 4-1, hanya beberapa jam selepas Fritz menewaskan Alexander Zverev 7-6(2) 3-6 6-4 7-6(4).

Pemenang bagi perlawanan pada 6 September itu akan menjadi lelaki Amerika pertama mara ke peringkat akhir Grand Slam sejak Andy Roddick dikalahkan Roger Federer di Wimbledon pada 2009.

Roddick merupakan pemain Amerika terakhir memenangi trofi utama di New York pada 2003.

Tiafoe, yang berjaya ke peringkat separuh akhir di Flushing Meadows pada 2022, berkongsi bahawa beliau dan Fritz mempunyai perwatakan yang berlainan.

Namun, di gelanggang, terdapat lebih persamaan daripada perbezaan.

“Sebagai pesaing, kami sama-sama tidak suka kalah. Kami bertaruh dengan gigih, tetapi perwatakan kami amat berbeza,” kata beliau.

“Ia akan menjadi epik. Siapkan bertih jagung, apa jua yang anda perlu lakukan. Ia akan merupakan perlawanan yang menyeronokkan pada Jumaat (6 September),” tambah beliau.

Tiafoe tiba di peringkat separuh akhir itu dengan hanya memenangi satu daripada tujuh perlawanannya menentang Fritz.

Namun, beliau harap bermain di Stadium Arthur Ashe, New York akan memberi beliau kelebihan.

“Keadaannya lain di Ashe,” kata beliau.

“Sudah tentu anda harus belajar daripada kekalahan. Sebahagian daripada (kekalahan itu) saya fikir saya seharusnya menang,” tambah Tiafoe.

Pertandingan itu telah menyaksikan beberapa pesaing utama tersingkir awal.

Juara empat kali, Rafael Nadal, tidak menyertai kerana bimbang tentang kecergasannya.

Tiafoe, 26 tahun, barkata tenis lelaki kini lebih terbuka.

“Ia bukan seperti dulu – apabila mara ke peringkat suku akhir, anda akan menentang Rafa, dan anda sudah lihat jadual penerbangan (untuk pulang),” jelasnya.

“Kini ia amat berbeza. Tidak ada sesiapa yang tidak boleh dikalahkan, terutama pada lewat musim kerana mungkin sudah terlalu letih, tidak berada di tahap terbaik dan mereka mudah diserang,” tambah beliau. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg