Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Tidak mengaku kalah, Man City terus pertahankan piala EPL

Jan 21, 2023 | 05:30 AM



MANCHESTER: Manchester City bangkit di babak kedua perlawanan untuk mengalahkan Tottenham 4-2, sekali gus meneruskan misi mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris.



Dua gol dalam tempoh tiga minit sebelum rehat daripada Dejan Kulusevski dan Emerson Royal menyaksikan anak buah Pep Guardiola di ambang kekalahan kedua berturut-turut.



Namun Julian Alvarez, Erling Haaland dan Riyad Mahrez menemui sasaran masing-masing dalam tempoh 12 minit sebelum Mahrez meledak gol keduanya untuk meletakkan City lima mata di belakang pendahulu, Arsenal, yang bermain kurang satu perlawanan.



Kekalahan ketiga dalam empat perlawanan liga mengekalkan Tottenham lima mata di belakang kelompok empat teratas.



Pilihan Guardiola pada awalnya dipersoalkan apabila dia melakukan lima pertukaran ke atas pasukan yang tewas 2-1 kepada Manchester United Sabtu lalu.



Kevin De Bruyne dan Bernardo Silva antara pemain yang direhatkan dengan Alvarez dan Haaland bergandingan di barisan depan.



Dua jaringan Spurs adalah hasil kesilapan City. Hantaran Ederson kepada Rodri menjadi punca Kulusevski membuka jaringan untuk gol pertamanya musim ini.



Kemudian Harry Kane pula merampas bola daripada Rodri dan percubaan penyerang Spurs itu ditampan Ederson, namun bola ditanduk Emerson untuk gol kedua pasukannya.



Guardiola tidak melatah dan mengekalkan skuadnya selepas rehat. Hanya 18 minit diperlukan untuk City mengubah kedudukan.



Alvarez memulakan kebangkitan dengan menanduk bola di depan gawang Spurs, diikuti jaringan penyamaan Haaland yang menamatkan kemarau tiga perlawanan tanpa gol. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >