Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SEA KEMBOJA 2023

Tiga gangsa dalam genggaman skuad pesilat

May 07, 2023 | 05:30 AM



DARI PHNOM PENH, KEMBOJA: PASUKAN silat Singapura memulakan kempen Sukan SEA 2023 mereka "berlangkah kanan" dengan sekurang-kurangnya tiga pingat gangsa sudah dalam genggaman.



Ini setelah tiga daripada empat wakil negara dalam acara seni berjaya melepasi pusingan suku akhir di Dewan E Pusat Konvensyen Chroy Changvar pada Sabtu (6 Mei).



Satria Singapura Iqbal Abdul Rahman dalam landasan yang tepat untuk mempertahankan pingat emas yang dimenangi dalam Sukan SEA lalu pada Mei 2022.



Bagaimanapun, juara dunia itu berdepan saingan sengit dari pesilat Brunei Ali Saifullah Abdullah Suhaimi.



Kedua-dua pesilat mencatatkan 9.935 mata tetapi Iqbal menghabiskan persembahan tepat pada had masa 3 minit, berbanding lawannya yang terlebih 0:01 saat.



Tuah juga menyebelahi Srikandi seni tunggal Singapura Nazurah Yusoff.



Atlet berusia 22 tahun itu menang tipis ke atas pesaing Brunei Wasiqah Aziemah Rosihan.



Kedua-dua mereka mendapat 9.940 mata dan menamatkan persembahan pada 3 minit.



Namun, sisihan piawai Nazurah - iaitu margin pemarkahan antara juri seramai 10 orang - lebih rendah dan cukup membawa beliau ke separuh akhir sulungnya dalam Sukan SEA.



Pasukan regu seni puteri Singapura, yang terdiri daripada Iffah Batrisyia Noh, Ashikin Zulkifli dan Amirah Sahrin, pula mantap beraksi dengan menewaskan Vietnam.



Persembahan juara dunia itu, yang menggondol gangsa dalam edisi Sukan SEA lalu, meraih 9.950 mata, berbanding lawan mereka, 9.930 mata.



Dengan tiga wakil negara berjaya mara ke separuh akhir, ini bermakna Singapura dijamin sekurang-kurangnya tiga pingat gangsa.



Dalam pada itu, trio seni putera Singapura, yang diwakili Affiz Zakri, Nazrul Kamal dan Muhammadinil Mustafar Isa, tewas kepada pemenang pingat perak Sukan SEA lalu, Indonesia setelah meraih 9.925 mata berbanding pasukan lawan (9.965 mata).



Pada edisi lalu Sukan SEA di Hanoi, Vietnam skuad silat Singapura membawa pulang empat emas, tiga perak dan empat gangsa untuk mencatat prestasi terbaiknya di temasya sukan itu.



Persaingan acara seni silat diteruskan pada 7 Mei.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >