Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tiga pemain belia Real Madrid ditangkap sebar video seks dengan gadis bawah umur

Sep 15, 2023 | 2:44 PM
SEDANG DISIASAT: Seramai tiga pemain belia Real Madrid ditangkap berkaitan satu video seksual yang memaparkan seorang gadis bawah umur. 
SEDANG DISIASAT: Seramai tiga pemain belia Real Madrid ditangkap berkaitan satu video seksual yang memaparkan seorang gadis bawah umur.  - Foto REUTERS

MADRID: Polis Sepanyol telah menangkap tiga pemain belia Real Madrid pada Khamis kerana didakwa menyebarkan sebuah video seks yang memaparkan seorang gadis bawah umur.

Penangkapan itu meningkatkan kemarahan mengenai seksisme dan tingkah laku ‘maco’ dalam bola sepak Sepanyol.

Para pemain itu, yang bukan bawah umur, kemudian dibebaskan menyusuli keputusan mahkamah dan selepas data dalam telefon bimbit mereka dirampas, kata polis dalam satu kenyataan.

Kes itu berpunca daripada aduan yang difail ibu gadis berumur 16 tahun itu di Pulau Canary berhubung dakwaan rakaman hubungan seks, kata polis.

Mereka berkata walaupun gadis itu menyatakan hubungan tersebut adalah atas dasar suka sama suka, rakaman itu berlaku pada Jun tanpa izinnya, dan dia hanya menyedari hal tersebut baru-baru ini.

Penangkapan itu dibuat di tengah-tengah dakwaan penderaan seksual terhadap bekas ketua persekutuan bola sepak Luis Rubiales, yang mencium bibir pemenang Piala Dunia Wanita Sepanyol, Jenni Hermoso, bulan lalu.

Polis berkata ketiga-tiga mereka ditangkap di kompleks sukan Real Madrid di Madrid dan pemain keempat sedang disiasat. Seorang daripada mereka ialah pemain pasukan simpanan dan dua lagi bermain bagi pasukan ketiga.

Real Madrid telah mengeluarkan kenyataan dan hanya berkata empat pemain pasukan belia disoal siasat polis “berkaitan aduan penyebaran sebuah video peribadi melalui mesej WhatsApp”. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg