Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

MENJELANG SUKAN SEA KEMBOJA 2023

Tiket ke Olimpik pendorong juara bertahan di Kemboja

Apr 26, 2023 | 05:30 AM



RATU renang negara, Quah Jing Wen yakin dapat mempertahan pingat emas dalam perlumbaan gaya kupu-kupu 200 meter di Kemboja pada Mei ini.



Quah, yang memenangi acara perseorangan itu di Sukan SEA 2021 berkata beliau berpuas hati mengenai peningkatan yang dicapainya semasa latihan dan kejohanan tempatan menjelang Sukan SEA ini.



"Dalam pertandingan tempatan sejak kebelakangan ini, saya dapat menyaksikan peningkatan yang saya suka. Khususnya cara saya berlumba, cara saya menamatkannya. Ia begitu berbeza sekali daripada tahun-tahun lalu sejak saya berkecimpung dalam sukan renang," ujar Quah, 22 tahun.



Menurut Quah, dahulu beliau biasanya berasa terkial-kial pada penghujung perlumbaan, tetapi sekarang beliau berasa lebih kukuh dan baik.



Beliau mengaitkan peningkatan dan perbezaan itu kepada bimbingan yang diberi oleh jurulatih baru Brad Dingey. Warga Canada itu dilantik sebagai ketua jurulatih Persatuan Renang Singapura (SSA) di Pusat Latihan Kebangsaan (NTC) pada September 2022.



Beliau pernah melatih pemenang pingat Olimpik seperti Hilary Caldwell, Ryan Cochrane, Emily Overholt dan Brent Hayden.



Quah berkata latihan bagi Sukan SEA Kemboja berjalan lancar dan beliau dapat "mengekalkan rentak dan strok dengan baik."



"Saya tidak sabar untuk melihat prestasi saya apabila saya mendapat lebih rehat bagi pertandingan seperti Sukan SEA dan selepas itu Sukan Asia."



Beliau tidak menyifatkan dirinya sebagai seorang ahli pecut, sebaliknya lebih kepada perenang jarak sederhana. Justeru, beliau sedang menajamkan kekuatannya dan berharap ia membuahkan hasil dalam perlumbaan jarak dekat di Kemboja.



Quah dijangka bersaing dalam beberapa acara individu dan pasukan, dengan yang utama ialah acara kuak kupu-kupu individu 50 meter, 100 meter dan 200 meter seta medley individu 200 meter.



Lebih daripada mempertahankan takhtanya di Sukan SEA, beliau sedang menumpukan perhatian bagi memperbaiki masanya untuk acara kuak kupu-kupu individu 200 meter bagi melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2024 di Paris.



Sungguhpun memegang rekod masa terpantas Sukan SEA bagi acara itu, iaitu 2 minit 9.42 saat, Quah perlu memperbaiki masa itu kepada 2 minit 8.43 saat bagi menempah tiket Olimpik.



"Kemenangan sudah tentu menjadi keutamaan dalam benak setiap atlet, tetapi gambaran yang lebih besar bagi saya ialah untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2024... saya akan meletak (matlamat itu) sebagai fokus (bagi temasya sukan SEA kelak)," ujar Quah.




"Kemenangan sudah tentu menjadi keutamaan dalam benak setiap atlet, tetapi gambaran lebih besar bagi saya ialah melayakkan diari ke Sukan Olimpik 2024... saya akan meletak (matlamat itu) sebagai fokus (bagi Sukan SEA Kemboja."
- Quah Jing Wen, yang dijangka bersaing dalam beberapa acara individu dan pasukan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >