Timbalan pengerusi Balestier Khalsa akan tanding jawatan Presiden FAS

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Timbalan pengerusi Balestier Khalsa akan tanding jawatan Presiden FAS

Darwin Jalil kemuka senarai sembilan anggota yang akan berdepan pasukan pimpinan bilionair teknologi dan pengerusi Lion City Sailors Forrest Li
Apr 1, 2025 | 2:50 PM

Timbalan pengerusi Balestier Khalsa akan tanding jawatan Presiden FAS

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Timbalan pengerusi pasukan Liga Perdana Singapura (SPL), Balestier Khalsa (BKFC), Darwin Jalil, meluahkan keinginan untuk memberi tumpuan kepada semua tahap bola sepak Singapura, bukan saja di peringkat elit.
Timbalan pengerusi pasukan Liga Perdana Singapura (SPL), Balestier Khalsa (BKFC), Darwin Jalil, meluahkan keinginan untuk memberi tumpuan kepada semua tahap bola sepak Singapura, bukan saja di peringkat elit. - Foto fail

Satu persaingan bagi kepimpinan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) dijangka berlaku selepas timbalan pengerusi pasukan Liga Perdana Singapura (SPL), Balestier Khalsa (BKFC), Darwin Jalil, mengemukakan permohonan untuk bertanding dalam pemilihan jawatan presiden FAS hanya beberapa jam sebelum tarikh akhir pada 31 Mac.

Darwin mengemukakan senarai sembilan anggota yang akan berdepan pasukan di bawah pimpinan bilionair teknologi dan pengerusi sebuah lagi pasukan SPL, Lion City Sailors, Forrest Li.

Jawatankuasa pemilihan FAS sedang melakukan pemeriksaan ke atas kelayakan calon yang dikemukakan.

Tarikh akhir pencalonan untuk sekretariat umum FAS adalah pada 6 petang 31 Mac, sementara pengumuman calon yang layak bertanding akan dibuat pada 18 April, 10 hari sebelum kongres luar biasa FAS dijalankan untuk memilih pemegang jawatan majlis FAS bagi penggal 2025-29.

Li, 47 tahun, pengasas syarikat teknologi tempatan Sea Limited, mengumumkan penyertaannya pada 17 Mac, apabila pencalonan dibuka.

Manakala presiden FAS kini, Bernard Tan, mengumumkan bahawa beliau tidak akan meneruskan tempohnya bagi penggal kedua pada 29 Mac.

Pemilihan anggota majlis FAS akan menyaksikan pasukan yang terlibat mengemukakan senarai sembilan calon – presiden, timbalan presiden, empat naib presiden dan tiga anggota majlis – dengan enam lagi jawatan anggota majlis yang akan dipertandingkan secara individu.

Menurut laporan The Straits Times pada 31 Mac, Darwin, yang juga merupakan pengarah eksekutif firma pengurusan acara dan kemudahan, Project Vaults Group, dan juga memegang diploma Fifa dalam pengurusan kelab, berkata beliau menantikan tandingan untuk “membimbing bola sepak Singapura ke arah yang betul”.

Timbalan pengerusi BKFC berusia 40 tahun itu menambah: “Selepas berkhidmat selama dua penggal dalam bola sepak, saya menyedari bahawa terdapat banyak janji yang telah dibuat kepada persatuan, tetapi masih belum ditunaikan.

“Bola sepak lebih daripada sekadar melihat kejayaan jangka pendek. Kami memberi tumpuan kepada pembangunan bola sepak lelaki dan wanita, serta meningkatkan tahap pengurusan kelab di semua peringkat bola sepak.

“Paling penting, saya dan pasukan saya mahu menyatukan persatuan. Bagi negara yang kecil seperti kita, kita terlalu berpecah. Kita sebagai warga Singapura yang mencintai permainan indah ini, adalah penting untuk kita bersatu demi kebaikan bola sepak Singapura.”

Darwin, yang merupakan anggota majlis FAS sejak 2017 dan presiden Project Vaults FC, pasukan Liga Bola Sepak Singapura Divisyen 1 (SFL 1), berkata beliau tampil dengan pasukan yang merangkumi kepakaran yang pelbagai kerana ketiadaan pertandingan untuk jawatan Presiden tidak akan memberi manfaat kepada sukan bola sepak Singapura.

Walaupun Darwin enggan mendedahkan senarainya sehingga calon disahkan oleh FAS, difahamkan bahawa ia terdiri daripada bekas pemain pertahanan pasukan kebangsaan dan pemenang tiga kali Kejuaraan AFF, S. Subramani; naib presiden media dan komunikasi dalaman di Bursa Singapura (SGX), Ion Danker; dan bekas pengurus besar Woodlands Wellington, R. Vengadasalam.

Apabila ditanya tentang kelayakan pasukannya, Darwin berkata: “Kami menawarkan kepakaran yang amat pelbagai. Persatuan bola sepak memerlukan penyelesaian jangka panjang dan bukan hanya suntikan wang jangka pendek.

“Dan untuk kami mencapai kesinambungan, untuk menjadi mampan dan berdaya saing, kami perlu memperbaiki struktur bola sepak Singapura.

“Kami tidak hanya akan melihat peringkat elit. Kami akan menangani semua aspek bola sepak Singapura dan itu bermula dengan asasnya.”

Dengan pertandingan untuk jawatan FAS akan datang, Darwin berkata beliau akan menghabiskan beberapa minggu akan datang untuk berbincang dengan anggota-anggota persatuan menjelang pemilihan itu.

“Kededua saya dan Forrest mempunyai niat yang baik bagi bola sepak Singapura, dan apa sahaja yang akan kami hadapi baik ketika berdepan mahupun secara bersama dalam minggu-minggu mendatang, ia semua demi kebaikan bola sepak Singapura,” katanya.

Ini kali kedua berlakunya pertandingan untuk jawatan tertinggi di FAS.

Dalam pemilihan yang diadakan pada 2017, semasa anggota gabungan memilih pemimpin mereka buat pertama kali dalam sejarah FAS, mendiang Lim Kia Tong dipilih sebagai presiden selepas senarainya yang dinamakan Team LKT menang dengan undian 30-13, mengalahkan pasukan Game Changers yang diketuai oleh pengerusi Hougang United, Bill Ng.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg