Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Timo Werner sertai Spurs

Jan 10, 2024 | 09:00 AM



LONDON: Tottenham Hotspur telah mendapatkan khidmat penyerang Jerman, Timo Werner, secara pinjaman daripada kelab Bundesliga, RB Leipzig, sehingga akhir musim ini.


Pemindahan pemain berusia 27 tahun itu termasuk pilihan untuk kekal di kelab London tersebut selepas tempoh pinjaman tamat.

Werner bakal memperluaskan pilihan Spurs di barisan serangan dengan kapten, Son Heung-min, kini mewakili Korea Selatan dalam pertandingan Piala Asia dan James Maddison tidak dapat beraksi kerana kecederaan.

“Saya telah mengadakan perbincangan dengan pengurus (Ange Postecoglou) dan ia adalah perbincangan yang sangat memberangsangkan,” kata Werner.

“Beliau memberi saya perasaan yang sangat baik, bahawa beliau mempercayai kebolehan saya, dan ini adalah perasaan yang saya perlukan untuk menyertai sesebuah kelab.

“Selain itu, taktik dan corak permainan Spurs, bagi saya ia sesuai dengan kebolehan saya,” tambah beliau.

Werner mempunyai pengalaman beraksi dalam Liga Perdana bersama Chelsea selepas menyertai pasukan Blues itu pada 2020.

Werner menjaringkan 23 gol dalam 89 penampilan untuk Chelsea, memenangi Liga Juara-Juara, Piala Super dan Piala Dunia Kelab, sebelum kembali ke Leipzig pada 2022.

Pemain itu telah menjaringkan dua gol dalam 14 penampilan musim ini. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >