Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Valencia Yip rangkul pingat emas pertama S’pura dalam tinju tendang

Oct 02, 2023 | 04:17 PM



Singapura telah memenangi pingat emas pertama di Piala Dunia Tinju Tendang.

Valencia Yip, pengadil berlesen dan kembali sebagai atlet, menyertai Perlawanan Piala Dunia buat kali pertama.

Beliau merangkul dua pingat emas pertama dengan pungutan sejumlah empat pingat.

Perlawanan Piala Dunia itu terbukti menjadi satu pengalaman yang tidak dapat dilupakannya.

Valencia, 33 tahun, merupakan atlet tinju tendang wanita pertama Singapura yang merangkul empat pingat secara keseluruhan, dua pingat emas dan dua pingat perak di Piala Dunia Italy 2023 anjuran Persatuan Dunia Pertubuhan Tinju Tendang (Wako).

Dengan linangan air mata, Valencia berkongsi:

“Kemenangan emas pertama untuk Singapura, terutamanya di Piala Dunia Wako adalah impian menjadi kenyataan. Saya buntu dan sangat gembira.

“Saya benar-benar bersyukur kerana diberi peluang untuk bertanding di sini. Saya bertuah kerana mempunyai orang yang hebat menyokong saya sepanjang perjalanan ini, jurulatih saya, keluarga dan rakan saya.

“Semua ini tidak mungkin berlaku tanpa mereka dan saya sentiasa bersyukur. Kepercayaan mereka memberi saya kekuatan untuk mengejar impian saya.”

Piala Dunia Italy diadakan dari 27 September hingga 1 Oktober di Jesolo, Italy, dengan lebih 1,000 atlet.

Pertandingan itu ialah kejohanan kedudukan kedua tertinggi di bawah Kejohanan Dunia, dan salah satu daripada empat pertandingan tahunan berprestij di mana yang terbaik dari dunia berkumpul untuk bertanding.

Pencapaian Valencia dikatakan sebagai satu pencapaian yang belum pernah dicapai oleh peserta negara Asia Tenggara sebelum ini.

Beliau meningkat ke tangga 8 dan 9 terbaik di dunia dan dua terbaik di Asia untuk pelbagai disiplin.

Presiden Persekutuan Tinju Tendang Singapura (KFS), Jason Lim, berkongsi:

“Saya amat bangga dengan pencapaian Valencia. Beliau telah berlatih tanpa henti sejak awal tahun dan telah membuat pengorbanan yang tidak terkira sepanjang perjalanan ini.

“Pencapaiannya sangat berharga kerana ia merupakan pingat Piala Dunia pertama Singapura, yang sama sekali bukan satu pencapaian mudah.”

Piala Dunia Italy akan menandakan berakhirnya tempoh satu bulan Valencia berada di Eropah. Beliau akan kembali ke Singapura sebelum melanjutkan penyertaan di Kejohanan Dunia dari 17 hingga 26 November di Portugal.

Jurulatih Valencia, Brian berkata:

“Saya telah menilai perlawanan selama lebih 30 tahun sekarang. Saya percaya Valencia kini boleh dikatakan yang terbaik di Asia. Tekniknya tepat dan perlawanannya cemerlang.

“Saya mengatakan ini bukan sebagai jurulatihnya, tetapi sebagai seseorang yang melihat banyak perlawanan. Ruang untuk memperbaiki itu tentu ada, jadi saya akan berusaha untuk menyempurnakan perlawanannya menjelang Kejohanan Dunia, peringkat terbesar.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >