Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Tuan rumah peringkat akhir kejohanan tenis wanita 2024 belum ditentukan

Dec 11, 2023 | 06:35 PM



BENGALURU (India): Pihak Persatuan Tenis Wanita (WTA) masih belum membuat keputusan bagi tempat acara kejohanan peringkat akhir penghujung musim 2024, kata pertubuhan itu, meskipun di balik spekulasi yang menjangkakan kejohanan tersebut bakal diadakan di Arab Saudi.


Bandar Cancun dinamakan sebagai tempat acara kejohanan edisi 2023 itu, lebih kurang dua bulan sebelum ia bermula pada 29 Oktober, sehingga mencetus kritikan hangat oleh johan sedunia nombor dua, Aryna Sabalenka atas piawai pertubuhan tersebut.

Beberapa pihak media juga telah melaporkan bahawa acara peringkat akhir itu bakal diadakan di Arab Saudi dan agensi berita Britain, BBC, melaporkan rundingan yang sedang diadakan kini berada di peringkat akhir, di mana kedua-dua pihak berminat mencapai persetujuan meliputi beberapa tahun.


“Kami sedang berbincang dengan beberapa pihak mengenai peringkat akhir kejohanan WTA 2024 dan selanjutnya, dan kami belum mencapai sebarang keputusan buat masa ini,” kata jurucakap WTA menerusi e-mel.

“Selaras dengan semua keputusan yang dibuat bagi WTA, kami sedang bekerjasama secara rapat dengan pemain dan ditumpukan terhadap usaha meneruskan peningkatan masa depan teguh bagi sukan tenis wanita.”

Shenzhen di China menjadi tuan rumah bagi edisi WTA 2019 sebagai sebahagian persetujuan merangkumi 10 tahun namun acara itu dibatalkan pada tahun seterusnya disebabkan pandemik Covid-19.

Ia kemudian dipindahkan ke Guadalajara, Mexico pada 2021.

Kejohanan itu dijangkakan kembali ke Shenzhen mulai 2022 namun pihak WTA telah menggantung acara di China itu atas keprihatinan layanan diberi kepada mantan juara dunia nombor satu bagi tenis berpasangan, Peng Shuai.

Fort Worth, Texas, Amerika Syarikat, kemudian menjadi tuan rumah kejohanan itu pada 2022 namun hanya berupaya menarik segelintir penonton sahaja. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >