Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA JUARA–JUARA

Tuchel puji sikap profesional Giroud

Jaringan cantik Olivier Giroud beri Chelsea kelebihan
Feb 25, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Jaringan cantik 'overhead kick' oleh penyerang Olivier Giroud menjamin kemenangan 1-0 Chelsea ke atas Atletico Madrid dalam perlawanan pertama pusingan 16-terakhir Liga Juara-Juara Eropah yang dimainkan di Bucharest berbanding Sepanyol ekoran sekatan perjalanan Covid-19.



Aksi menakjubkan Giroud itu bukan hanya memastikan kelebihan bagi Chelsea selain mendapatkan gol di tempat lawan yang penting, malah ia juga melanjutkan rekod tanpa kalah Thomas Tuchel sejak mengambil alih Frank Lampard.



Pengurus Chelsea itu juga memuji sikap profesional Giroud dalam latihan.



"Beliau berlatih seperti berusia 20 tahun.



"Beliau seorang yang memiliki sikap serius dan ceria dalam latihan. Beliau selalu positif dan ini adalah faktor besar bagi kumpulan kami." kata Tuchel



Percubaan Giroud itu memperdayakan penjaga gawang Atletico, Jan Oblak, namun gol pada minit ke-68 itu pada mulanya dibatalkan ekoran offside namun keputusan itu ditarik balik setelah VAR mengesahkan bola telah terlantun ke tubuh pemain pertahanan Atletico, Mario Hermoso, sebelum sampai ke Giroud.



Namun, Chelsea layak mendahului perlawanan dengan persembahan mereka yang lebih rancak sedangkan pasukan Diego Simeone lebih berhati-hari.



Dalam satu lagi perlawanan, Jamal Musiala, menjadi penjaring England termuda dalam Liga Juara-Juara dalam kemenangan 4-1 Bayern Munich menentang Lazio di Rome.



Penyerang Robert Lewandowski membuka tirai jaringan pada minit ke-72 untuk mengatasi Raul sebagai penjaring ketiga terbanyak dalam pertandingan elit Eropah itu.



Leroy Sane kemudian menjaringkan gol ketiga Bayern manakala gol ke-empat pasukan Jerman itu hasil gol sendiri oleh Lazio.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >