Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA JUARA-JUARA EROPAH

Tuchel: Tiada penyesalan selepas pasukan tersingkir

Apr 14, 2022 | 05:30 AM



MADRID: Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel, berkata "tiada penyesalan" selepas penyandang juara Chelsea disingkirkan daripada Liga Juara-Juara oleh Real Madrid.



Beliau juga memuji usaha pemainnya yang menang 3-2 di akhir 90 minit permainan di Real Madrid, meskipun keputusan itu tidak cukup membawa The Blues ke separuh akhir Liga Juara-Juara apabila tersingkir dengan agregat 5-4.



"Kami beraksi habis-habisan... saya bangga dengan pemain dan saya fikir kami berhak mara tetapi nasib tidak menyebelahi kami.



"Kami tidak bernasib baik. Itulah sebabnya kami kecewa. Kami kalah kerana kualiti individu dan sentuhan penyudah. Kami melakukan dua kesilapan, dua kali hilang bola. Ia tidak seharusnya berlaku," kata Tuchel pada sidang media selepas perlawanan.



Real berjaya membendung kebangkitan penyandang juara itu untuk mara ke separuh akhir dan akan menentang pemenang perlawanan antara Manchester City dengan Atletico Madrid.



"Tiada penyesalan. Ini adalah kekalahan yang boleh diterima dan dibanggakan sebagai atlet sukan.



"Kami sangat berdisiplin dan aktif dengan bola. Kami menunjukkan keberanian dan dari situ kami memperagakan kualiti kami. Ini adalah cara yang betul untuk melakukannya. Jika kami terus menunjukkan prestasi seperti ini, kami akan jadi sebuah pasukan yang istimewa," tambah Tuchel.



Meskipun begitu, beliau turut membidas tindakan pengadil dari Poland, Szymon Marciniak, yang berbual 'mesra' dengan pengendali Real Madrid, Carlo Ancelotti.



Sejurus tiupan wisel penamat, Tuchel berkata: "Saya kecewa pengadil mempunyai masa yang banyak dengan Carlo.



"Saya tahu beliau baik dan budiman tetapi ketika mahu mengucapkan terima kasih kepadanya, saya melihat beliau tersenyum dan ketawa dengan kuat bersama jurulatih (Real) dan bagi saya ia detik yang buruk.



"Selepas 120 minit melihat pasukan anda berjuang sehingga ke detik akhir, bagi saya tindakan itu salah dan saya telah memberitahunya.



"Saya rasa dalam kedua-dua perlawanan, 51 peratus keputusan tidak memihak kepada kami".



Tuchel turut mempersoalkan gol jaringan Marcos Alonso pada babak kedua yang dibatalkan selepas didakwa bola terkena tangannya terlebih dahulu sebelum membuat rembatan yang mencecah gawang Real.



Tuchel berang dengan Marciniak kerana tidak memeriksa monitor di tepi padang tetapi akur itulah yang berlaku apabila menentang pasukan seperti Real.



"Saya kecewa pengadil tidak memeriksanya terlebih dahulu dan itulah yang akan berlaku apabila anda menentang Real Madrid di Liga Juara-Juara," kata Tuchel. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >