Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Tugas sukar menanti skuad Singa di Seoul

Nov 15, 2023 | 06:30 PM



Cabaran sukar menanti skuad Singa di Seoul, kata ketua jurulatih Singapura, Takayuki Nishigaya.

Ini walaupun kelab Liga Perdana Singapura, Lion City Sailors, berjaya mengejutkan juara Asia dua kali dari Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai Motors, 2-0 dalam pusingan kumpulan Liga Juara-Juara Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Stadium Jalan Besar minggu lalu.

Pasukan Singa bakal membuka kempen pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia mereka pada Khamis menentang pasukan nombor 24 dunia, Korea Selatan, di Stadium Piala Dunia Seoul.

Singapura berada di tangga ke-155 dalam ranking dunia Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa).

Nishigaya, dalam satu sidang media praperlawanan pada Rabu, berkata:

“Sudah tentu, kemenangan Sailors itu memberi rangsangan kepada pasukan nasional. Tetapi, bola sepak dalam pasukan nasional dan di peringkat kelab adalah berbeza.”

Sebelum itu, rakan sejawatnya, Jurgen Klinsmann, yang mengendalikan pasukan Korea Selatan, berkata pasukan Singa berpotensi “membuat kacau” dalam aksi pembukaan dan beliau “tidak akan memandang rendah pada Singapura untuk sesaat”.

Bekas pemain antarabangsa Jerman itu membuat perjalanan ke Singapura minggu lalu untuk menonton perlawanan Liga Juara-Juara AFC antara Sailors dengan Jeonbuk.

Sailors, yang menampilkan 10 pemain nasional Singapura, menang 2-0, yang Klinsmann sifatkan sebagai “petanda amaran” kepada Korea Selatan.

“Mereka boleh menghukum anda pada serangan balas atau ‘set-piece’.

“Kami telah buat kerja rumah kami. Kami tidak sabar untuk bermain dengan mereka esok,” tambah beliau.

Klinsmann telah memilih skuad terkuatnya menentang Singapura, dengan misi untuk meraih mata penuh di depan 66,000 penyokong sendiri setelah tiket bagi perlawanan dilaporkan habis dijual.

Bintang Tottenham Hotspur, Son Heung-min, yang telah menjaringkan lapan gol dalam 11 penampilan Liga Perdana England (EPL) musim ini; Lee Kang-in dari Paris Saint-Germain; pemain pertahanan Bayern Munich, Kim Min-jae; dan penyerang Wolverhampton Wanderers yang berada dalam prestasi hebat, Hwang Hee-chan, semuanya dapat diturunkan untuk Korea Selatan pada Khamis.

Singapura juga dijangka membariskan kesebelasan terkuatnya sejauh ini dengan kepulangan beberapa pemain utama ke dalam skuad.

Pemain pertahanan, Safuwan Baharudin, yang memperoleh 108 penampilan untuk Singapura, kembali menyarung jersi negara selepas diluluskan sihat dan cergas untuk beraksi dalam arena antarabangsa.

Pemain kelab Liga Super Malaysia, Selangor, itu sebelumnya mengalami kecederaan berturut-turut pada kepala.

Pasangan adik-beradik yang bermain untuk kelab Thai, BG Pathum United, Irfan dan Ikhsan Fandi, pula disatukan semula dengan adik mereka, Ilhan.

Trio itu dijangka memainkan peranan penting dalam pasukan Singa setelah mengatasi kecederaan masing-masing sejak 2022.

Nishigaya berharap pengalaman pemain berpangkalan luar negara itu dapat membantu Singapura memberi saingan sengit di Seoul.

Warga Jepun itu menambah:

“Kami mempunyai pemain di luar negara yang berpengalaman untuk bermain di perlawanan bertahap tinggi seperti ini.

“ Perlawanan esok pastinya akan menjadi sukar tetapi kami akan memberikan segalanya untuk bola sepak Singapura.” 

Singapura dan Korea Selatan telah bertembung sebanyak 27 kali sebelum ini.

Namun, pasukan Taegeug Warriors mendominasi saingan dengan 22 kemenangan, manakala hanya tiga perlawanan berkesudahan dengan keputusan seri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >