Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SPEXSCHOLARSHIP 2023

Tujuh lagi pesilat dianugerah Biasiswa Kecemerlangan Sukan

Apr 13, 2023 | 05:30 AM



TUJUH lagi pesilat negara telah dianugerahkan Biasiswa Kecemerlangan Sukan (spexScholarship), membawa jumlah keseluruhan kepada 12 penerima biasiswa atau spexScholar dalam pasukan nasional silat.



Bilangan tersebut membentuk kohort terbesar bagi sukan seni mempertahankan diri itu.



Pasukan seni regu wanita - yang terdiri daripada Ashikin Zulkifli, Amirah Sahrin dan Iffah Batrisyia - serta empat pesilat tanding, Nurshahfareeq Shahrudin, Dhani Andika Razali, Aniq Asri Yazid dan Nadhrah Sahrin ialah penerima baru.



Sementara itu, biasiswa lima spexScholar silat, Iqbal Abdul Rahman, Nurul Suhaila Saiful, Sheik Ferdous Sheik Alau'ddin, Sheik Farhan Sheik Alau'ddin dan Khadijah Shahrem diperbaharui.



Biasiswa itu disampaikan Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong dalam majlis Anugerah spexScholarship yang ke-10 di Stadium Negara pada Rabu (12 April).



Pada 2016, silat bermula dengan hanya dua spexScholar. Kenaikan enam kali ganda dalam tempoh tujuh tahun itu menunjukkan sukan tersebut semakin mendapat pengiktirafan, kata seorang jurucakap Persekutuan Silat Singapura (Persisi).



"Sepanjang tahun-tahun ini, kami telah melihat dedikasi daripada para atlet untuk terus mengekalkan pencapaian mereka, dan pada masa yang sama memberi inspirasi kepada rakan sepasukan mereka dan pesilat lebih muda untuk cemerlang dalam prestasi mereka," katanya lagi.



"Ini juga bermakna sukan itu semakin mendapat pengiktirafan, dan membolehkan lebih banyak atlet kita peluang untuk diberi ganjaran dengan dedikasi mereka dalam latihan."



Jurucakap itu menambah bahawa spexScholarship akan membenarkan pesilat negara untuk berlatih sepenuh masa.



"Atlet kami tidak perlu mengambil kerja sambilan di luar untuk menampung perbelanjaan latihan mereka (termasuk pengangkutan). Mereka akan dapat menumpukan masa mereka pada program latihan dan jadual tersuai untuk spexScholar," ujarnya.



Tahun ini, 33 atlet daripada 11 sukan telah dianugerahkan spexScholarship, menjadikan jumlah keseluruhan spexScholar kepada 105 merentasi 24 sukan. Ini merupakan kohort terbesarnya.



Dalam tempoh sedekad sejak program itu dilancarkan, SpexScholarship juga telah dipertingkat.



Tahun lalu, ia telah dilanjutkan kepada ratu terjun udara Kyra Poh - menandakan kali pertama program itu menyokong atlet bersaing di peringkat dunia dalam sukan yang tidak ditampilkan dalam temasya sukan utama.



"Kami akan terus mengiktiraf dan menggalakkan kecemerlangan sukan di luar temasya sukan utama, dan mengalu-alukan lebih banyak sukan yang pelbagai dan baru muncul ke dalam program spexScholarship," kata Encik Tong, dalam ucapannya pada Rabu.



Penganugerahan tahun ini juga menyaksikan sukan renang di laut disertakan dalam spexScholarship, dengan atletnya, Chantal Liew menjadi penerima sulung biasiswa itu.



Encik Tong turut mengumumkan bahawa spexScholar yang bakal menjalani Perkhidmatan Negara (NS) boleh kekal menerima spexScholarship mulai 2023.



Ini bermakna anggota NS sepenuh masa seperti perenang Darren Chua, Jonathan Tan dan Quah Zheng Wen kembali menjadi spexScholar.



Encik Tong menambah:



"Sementara atlet kita bekerja keras, kami juga akan terus memainkan peranan kami dan memantau prestasi atlet kita yang lain, termasuk muka-muka baru yang telah mencapai keputusan cemerlang di temasya sukan utama dan acara peringkat dunia, untuk melihat bagaimana kami boleh lebih baik menyokong aspirasi sukan mereka."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >