Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Tumpuan kini pada QATAR

Nov 20, 2022 | 05:30 AM



BANYAK yang telah dilaporkan dan diperkatakan tentang Qatar selaku tuan rumah Piala Dunia 2022 - kebanyakannya tidak berkaitan dengan bola sepak.



Tonton sahaja siri dokumentari Netflix, Fifa Uncovered - yang mengisahkan tentang penganjuran Piala Dunia Fifa yang terpengaruh oleh perebutan kuasa dan politik global. Anda faham maksud saya.



Sejak hak penganjuran Piala Dunia 2022 dianugerahkan kepada Qatar 12 tahun lalu, negara Teluk itu dicemari pelbagai kontroversi termasuk dakwaan rasuah dan pelanggaran hak asasi manusia.



Isu tersebut masih hangat diperbualkan hingga hari ini.



Tetapi, pentas - termasuk tujuh stadium baru - sudah siap dibina. Pemain pun sudah tiba di Doha. Bak pepatah Inggeris: The show must go on (persembahan mesti diteruskan)!



Dengan hanya beberapa jam sebelum pesta bola sepak terbesar dunia itu bermula, sudah tiba masanya untuk memberi tumpuan pada matlamat asal Piala Dunia - bola sepak, bola sepak, bola sepak!



Messi lawan Ronaldo



Setiap empat tahun, bintang bola sepak menantikan peluang untuk menyinari pentas Piala Dunia.



Dan untuk dua G.O.A.T atau Greatest Of All Time - singkatan bagi Terhebat Sepanjang Masa - sukan itu, Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo, edisi kali ini membawa pengertian yang lebih besar.



Messi, 35 tahun, dan Ronaldo, 37 tahun, kedua-duanya telah menyatakan bahawa ini mungkin Piala Dunia terakhir mereka. Justeru, peluang terakhir duo itu untuk memenangi trofi terbesar bola sepak yang didamba sepanjang kerjaya cemerlang mereka.



Antara mereka berdua, Messi, yang menyarung jersi Paris Saint-Germain (PSG), kelihatan memiliki peluang yang lebih baik di Qatar.



Argentina kini telah melalui 35 perlawanan tanpa kalah dan hanya tewas sekali pada Julai 2019.



Semasa tempoh itu, Argentina memenangi trofi besar pertama mereka dalam 28 tahun apabila mereka menjulang Copa Amerika 2021, yang juga menandakan kemenangan kejohanan antarabangsa sulung bagi Messi.



Sementara itu, pasukan Portugal yang dipimpin kapten Ronaldo tidak begitu meyakinkan berbanding Argentina dalam beberapa tahun terakhir ini.



Mereka perlu mengharungi debaran perlawanan play-off - menewaskan Turkey dan Macedonia Utara - untuk mendapatkan 'tiket' ke Qatar.



Meskipun menjuarai Liga Negara-Negara 2019 dan Euro 2016, skuad Portugal harus menggandakan kepercayaan sendiri - sesuatu yang Ronaldo juga sedang mencari menyusuli prestasi hambar bersama kelabnya Manchester United - bahawa mereka mempunyai potensi untuk menang kejohanan besar.



Antara bintang lain yang dijangka menarik tumpuan di Piala Dunia Qatar ini termasuk pemenang Ballon d'Or 2022, Karim Benzema dari Perancis, 34 tahun; kapten Croatia Luka Modric, 37 tahun; dan salah seorang pemain 'Generasi Emas' Belgium Kevin De Bruyne, 31 tahun.



Penampilan mereka di Qatar bakal menamatkan satu era dalam bola sepak moden yang menyaksikan pemain berbakat yang mampu beraksi di tahap tinggi meskipun berada pada penghujung kerjaya mereka.



Bakat muda berbisa



Namun, pentas Piala Dunia 2022 bukan hanya akan dikuasai 'otai' sukan itu.



Bakat muda yang meningkat naik dan berbisa juga akan bersaing untuk mengukir nama masing-masing.



Jerman dikenali sebagai negara yang kerap melahirkan ramai bakat muda bola sepak.



Lihat sahaja Erling Haaland, 22 tahun, yang berpindah dari kelab Jerman Borussia Dortmund ke Manchester City, dan mampu menjaringkan 18 gol dalam 13 penampilan liga musim ini. Malangnya, negara penyerang itu, Norway, gagal ke Piala Dunia.



Dua lagi anak didikan kelab Jerman, pemain midfield Borussia Dortmund dan England, Jude Bellingham, dan pemain sayap Bayern Munich Jamal Musiala dari Jerman, kedua-duanya, 19 tahun, mampu mengisi ketiadaan Haaland.



Sepanyol pun tidak kurang hebatnya dengan bahagian midfield mereka dirangsang oleh senjata muda.



Dua pemain Barcelona, Gavi, 18 tahun, dan Pedri, 19 tahun, sudah mendapat pujian ramai bahkan Pedri dibandingkan dengan legenda midfield Sepanyol, Andres Iniesta, oleh pengurus kelabnya, Xavi.



Pemain remaja lain yang perlu juga diberi tumpuan termasuk Eduardo Camavinga, 19 tahun (Perancis), Rodrygo, 21 tahun (Brazil), Nuno Mendes, 20 tahun (Portugal) dan Bukayo Saka, 21 tahun (England).



Sejarah mungkin berulang?



Setiap edisi, nama Brazil disebut-sebut ramai mampu menjuarai Piala Dunia. Tahun ini, tidak terkecuali.



Selepas kemarau dua dekad - kali terakhir mereka menang adalah pada 2002 di edisi Korea Selatan/Jepun - pengurus Tite, yang akan meninggalkan pasukan selepas Piala Dunia, pastinya ingin membawa pulang trofi terkenal Jules Rimet itu ke Brazil.



Tetapi, ramalan ini bukan hanya sebab Brazil memegang rekod sebagai pemenang terbanyak Piala Dunia dengan lima kejuaraan.



Skuad mereka tahun ini boleh dikatakan menggerunkan pasukan seteru.



Selain superstar pasukan Neymar, 30 tahun, Tite memiliki bermacam pilihan penyerang muda - Vinicius Junior, Antony, Richarlison, Raphinha, Rodrygo dan Gabriel Martenelli - yang mampu memporak-perandakan benteng pertahanan mana-mana pasukan.



Tekanan untuk menjaringkan gol kini juga diringankan dari bahu Neymar.



Dalam setiap bahagian, Brazil turut memiliki pemain bertaraf dunia seperti penjaga gol Alisson, pemain pertahanan Thiago Silva dan Marquinhos, dan pemain midfield Casemiro dan Lucas Paqueta.



Juara bertahan Perancis, musuh ketat dari Amerika Selatan, Argentina, Sepanyol dan mungkin juga England disebut-sebut antara pencabar terdekat Brazil.



Oleh itu, jangkaan saya adalah untuk menyaksikan pasukan Selecao (gelaran Brazil) seronok bersamba di padang dalam perlawanan akhir di Stadium Lusail pada 18 Disember nanti.




RAMALAN



Hariss Harun

Kapten pasukan Singa



Juara: Brazil. Mereka kelihatan mempunyai skuad yang paling kuat.



Pasukan 'underdog': Portugal. Saya fikir mereka bukanlah pasukan yang ramai akan memilih untuk menjuarai kejohanan tetapi mereka mempunyai ramai pemain berkualiti dalam pasukan.



Pemain tumpuan: Lionel Messi (Argentina) & Cristiano Ronaldo (Portugal). Saya fikir kedua-dua mereka akan sebaik mungkin cuba untuk menang Piala Dunia sebab ini mungkin Piala Dunia terakhir mereka.



Ashikin Hashim

Pengasas Futbolita



Juara: Brazil. Kali terakhir Brazil menang Piala dunia adalah di tapak Asia (pada 2002) dan kali ini, banyak perkara yang perlu mereka buktikan kepada ramai - bukan hanya sekadar cuba beraksi dengan baik tetapi lebih daripada itu - julang Piala Dunia untuk kali keenam. Argentina adalah pasukan kuat dan akan menjadi pesaing utama mereka. Jadi, ia saingan yang menarik.



Pasukan 'underdog': Uruguay. Pemain mereka dalam bola sepak kelab secara amnya berkualiti dan skuad itu memiliki banyak pilihan bakat hebat seperti Federico Valverde, Darwin Nunez dan Rodrigo Bentacur. Mereka adalah pasukan underdog dari hari pertama lagi.



Pemain tumpuan: Jamal Musiala (Jerman). Ini kerana Piala Dunia adalah detik kejayaan besar untuk ramai pemain muda termasuk Kylian Mbappe untuk Perancis pada 2018 dan Musiala dapat melakukan yang sama di Qatar nanti.



Syed Azmir

Penyanyi, pelakon dan jurulatih bola sepak



Juara: Brazil. Pilihan sukar. Ini bukan pasukan kegemaran saya tapi saya fikir Brazil mempunyai peluang baik untuk menang, Mereka memiliki pasukan yang seimbang dengan kekuatan dalam setiap bahagian. Perjalanan mereka dalam kejohanan juga kelihatan mudah.



Pasukan 'underdog': England. Inilah pasukan yang saya sokong! Mereka adalah pasukan underdog meskipun ada yang kata mereka mempunyai skuad yang kuat. Di atas kertas, ya tetapi mereka jarang tampil cemerlang di kejohanan besar.



Pemain tumpuan: Lionel Messi (Argentina) & Cristiano Ronaldo (Portugal). Ini mungkin Piala Dunia terakhir mereka dan adalah menarik untuk melihat prestasi mereka dalam Piala Dunia pada usia lanjut. Messi, Ronaldo, Benzema, Mbappe..




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >