Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Ujian getir tapi Brighton tidak gerun hadapi Newcastle

Sep 02, 2023 | 05:31 AM



Kededua Brighton dan Newcastle perlu bangkit selepas tewas dalam perlawanan Liga Perdana England (EPL) masing-masing minggu lalu, tetapi Newcastle memikul beban tekanan lebih berat kerana ia tidak mampu tewas tiga perlawanan berturut-turut.

Selepas membelasah Aston Villa 5-1 pada minggu pertama, Newcastle tewas dua kali berturut-turut, 1-0 kepada Newcastle dan 1-2 kepada Liverpool minggu lalu.

Brighton, yang menonjol pada musim lalu dengan cara permainan yang menarik dan mengghairahkan juga tidak mampu tewas lagi selepas ditundukkan West Ham dalam perlawanan terakhir.

Namun, perbelanjaan yang dikeluarkan Brighton untuk membina pasukan jauh lebih kecil berbanding Newcastle, yang pada pertengahan musim lalu diambil alih oleh dana pelaburan yang berhubung kait dengan kerajaan Arab Saudi.

Newcastle tidak mampu kalah. Tetapi Brighton ‘underdog’ dan tidak akan terlalu dipersalahkan jika tewas kepada Newcastle.

Hakikat ini satu kelebihan bagi Brighton, yang menunjukkan ia tidak gerun menentang ‘kelab besar’.

Cara ia menundukkan dan mengaibkan Liverpool di Anfield pada musim lalu satu contoh baik mentaliti pemainnya itu.

Mungkin berdasarkan itu, Opta, komputer yang menjana statistik bola sepak membuat kiraan Brighton mempunyai kemungkinan 39.7 peratus untuk memenangi perlawanan ini.

Secara perbandingan, Newcastle mempunyai kemungkinan menang hanya 31.5 peratus.

Sejarah juga menyebelahi Brighton.

Sejak Roberto De Zerbi mengambil alih pasukan pada Oktober lalu dan mengalami dua kekalahan berturut-turut dalam perlawanan kedua dan ketiga, Brighton tidak pernah tewas dua perlawanan berturut-turut.

Rekod itu membenarkannya mengakhiri musim lalu di tangga keenam dan menempah tempat dalam pertandingan Eropah.

Walaupun ia tewas kepada West Ham pada minggu lalu, Brighton tetap menduduki tangga keenam dalam liga dan kedudukannya itu tidak terlampau jauh daripada kelab-kelab lain yang lebih tinggi di atasnya.

Brighton juga adalah pasukan yang paling banyak membuat percubaan gol – 60 percubaan dalam tiga perlawanan pertama – paling banyak menemui sasaran (30 kali) dan pemainnya yang paling banyak menyentuh bola (159 kali) dalam petak penalti pasukan lawan. 

Memberi konteks, 30 percubaan gol yang menemui sasaran dalam tiga perlawanan pertama adalah jumlah tertinggi yang dicapai sebuah pasukan dalam tempoh sedekad.

Hanya Manchester City, yang membuat 31 percubaan dalam tiga perlawanan pertama pada musim 2011-2012, telah membuat percubaan lebih banyak.

Satu kekurangan dalam pasukan Brighton bagi perlawanan ini ialah Julio Enciso, yang masih cedera. Kreativiti dan ketangkasan pemain ini akan dirindui.

Namun Brighton boleh bergantung pada Kaoru Mitoma yang telah bangkit sebagai antara pemain paling berbahaya dalam EPL.

Beliau, yang berasal dari Jepun, telah melibatkan diri dalam tiga gol musim ini dan hanya pemain kedua terbaik selepas Phil Foden dalam ranking pemain yang mencipta peluang gol selepas berlari dengan bola.

Beliau juga antara tiga pemain EPL musim ini yang telah berlari dengan bola bagi jarak paling jauh musim ini. Seorang lagi pemain Brighton, Lewis Dunk mendahului ranking ini.

Pascol Grob juga seorang pemain boleh diharap yang menyerlah sejak kebelakangan ini.

Beliau menjadi pemain Brighton yang paling banyak menjaringkan gol dalam EPL selepas menjaringkan satu gol dalam kekalahan kepada West Ham. Itu adalah golnya yang ke-27 dalam EPL. Beliau telah menjaringkan empat gol dalam enam perlawanan terakhir di Stadium Amex.

Namun, Grob bukan sekadar penjaring gol. Beliau juga mampu mencipta peluang gol dan sejauh ini, merintis 14 peluang gol bagi pasukannya dalam tiga perlawanan.

Perlawanan dengan Newcastle ini juga membuka tirai tempoh perlawanan sukar bagi Brighton, yang akan berdepan dengan Manchester United, Aston Villa, Liverpool dan Manchester City sebelum penghujung Oktober.

Brighton tidak mahu kalah, kerana mungkin perlawanan ini dan dengan Aston Villa nanti, mewakili enam mata yang boleh dimenangi dengan lebih mudah dibanding dengan perlawanan lain.

Ramalan wartawan: Brighton 3 – Newcastle 1




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >