Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK EROPAH

United hadapi tugas berat bertemu Barcelona

Nov 09, 2022 | 05:30 AM



NYON, SWITZERLAND: Barcelona dan Manchester United akan bertemu pada aksi 'playoff' saingan Liga Europa bagi merebut slot ke pusingan 16 pasukan terbaik.



Barcelona bertemu juara Liga Europa 2017 itu sebanyak dua kali pada final Liga Juara-Juara 2009 dan 2011 dan memenangi kedua-dua pertemuan itu.



United terpaksa bertemu Barcelona, yang gagal meneruskan kemaraannya dalam Liga Juara-Juara, selepas sekadar menjadi naib juara kumpulan mereka di belakang satu lagi pasukan La Liga, Real Sociedad.



Pasukan Erik ten Hag banyak dikaitkan dengan pemain midfield Barcelona, Frenkie de Jong pada musim panas lalu, tetapi pemain antarabangsa Belanda itu akhirnya kekal bersama pasukan Sepanyol itu.



United akan melawat Barcelona di Nou Camp untuk pusingan pertama, sebelum pertembungan di Old Trafford tujuh hari kemudian.



Bos Barcelona, Xavi berkata:



"Kami perlu bersaing, pergi ke Manchester menentang saingan hebat dan pasukan bersejarah yang telah berkembang pesat dengan kedatangan (Erik) ten Hag.



"(Mereka mempunyai) pemain yang hebat secara individu dan ia adalah sekali lagi saingan paling sukar dalam Liga Europa.



"Ia satu cabaran besar untuk kami."



Lapan naib juara Liga Europa akan bertemu lapan pasukan di tempat ketiga Liga Juara-Juara dan pemenang pertembungan itu akan mara ke pusingan kelompok 16 pasukan terakhir, yang termasuk Arsenal selepas The Gunners mengungguli kumpulan Liga Europa mereka.



Undian lain menyaksikan juara enam kali, Sevilla berdepan PSV Eindhoven, manakala kelab gergasi Italy, Juventus menentang Nantes.



Bekas pengurus United, Jose Mourinho yang kini mengendalikan AS Roma akan bertemu RB Salzburg.



Aksi pertama akan berlangsung pada 16 Februari sementara aksi kedua pada 23 Februari. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >