Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

United hilang Eriksen, Hojlund berikutan cedera

Nov 14, 2023 | 04:08 PM



MANCHESTER: Pemain tengah Manchester United, Christian Eriksen, berkemungkinan tidak akan beraksi selama sebulan dan rakan senegaranya dari Denmark, Rasmus Hojlund, akan diketepikan sehingga akhir November, kata kelab itu.


Kedua-dua pemain itu mengalami kecederaan dalam kemenangan 1-0 ke atas Luton pada Sabtu.

Eriksen terpaksa digantikan dengan pemain tengah Mason Mount pada minit ke-40 kerana kecederaan lutut, manakala pemain bahagian serangan, Hojlund mengalami ketegangan otot dan terpaksa diganti dengan Anthony Martial pada minit ke-79.

Ini bermakna Eriksen mungkin terlepas dua baki perlawanan Liga Juara-Juara — menentang Galatasaray pada 29 November dan Bayern Munich pada 13 Disember — dan empat perlawanan Liga Perdana England (EPL).

Hojlund berkemungkinan tidak akan menyertai pasukannya untuk membuat perjalanan ke Galatasaray pada 29 November.

“Christian mengalami kecederaan lutut yang akan menyebabkan beliau tidak bermain selama kira-kira sebulan, manakala Rasmus mengalami ketegangan otot. Diharap beliau akan kembali sebelum akhir November,” kata satu kenyataan daripada Manchester United.

United kini tanpa pemain pertahanan Lisandro Martinez dan Johnny Evans, bek kiri Luke Shaw dan Tyrell Malacia, pemain tengah Casemiro, dan pemain sayap Amad Diallo.

Kedua-dua Eriksen dan Hojlund sebelum ini telah ditarik balik daripada skuad Denmark untuk kelayakan Euro 2024 bulan ini.

Denmark akan menentang Slovenia pada 17 November di tempat sendiri sebelum berdepan dengan Ireland Utara di tempat lawan pada 20 November.

Menduduki tempat kedua dalam Kumpulan H, Denmark mempunyai 19 mata, jumlah mata sama dengan pendahulu Slovenia.

Kedua-dua Denmark dan Slovenia telah bermain lapan perlawanan, memenangi enam, seri satu dan tewas satu. Namun, Slovenia mempunyai perbezaan gol lebih baik, iaitu 11, satu lebih banyak, berbanding 10 dipunyai Denmark.

Sementara itu, pemain pertahanan Manchester City, Nathan Ake, telah menarik diri daripada skuad Belanda.

Belanda menentang Republik Ireland di tempat sendiri pada 18 November dan Gibraltar di tempat lawan pada 21 November.

Rakan sepasukan Ake, penjaga gol Ederson, juga telah menarik diri daripada skuad Brazil disebabkan kecederaan kaki dan akan terlepas perlawanan akan datang menentang Colombia dan Argentina. — Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >