Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

United pamer persembahan terbaik musim ini: Ten Hag

Oct 21, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Manchester United menghasilkan persembahan terbaik mereka di bawah pimpinan Erik Ten Hag musim ini dengan menewaskan Tottenham Hotspurs dalam perlawanan di Old Trafford kelmarin.



Meskipun hanya menang 2-0, namun ia tidak mencerminkan dominasi dan keunggulan United, yang turut berdepan dengan kehebatan penjaga gawang Spurs, Hugo Lloris, yang bertindak cemerlang dalam memastikan Spurs tidak dimalukan.



Lloris bertindak cemerlang sebanyak lima kali dalam separuh masa pertama, sedang United membedil gawang Spurs dengan 19 percubaan.



Pemain midfield, Fred, akhirnya memecahkan kebuntuan dua minit selepas waktu rehat, dengan percubaannya terkena kaki pemain pertahan Spurs, Ben Davies, sekali gus memperdayakan Lloris.



Meskipun United bernasib baik dengan gol tersebut, namun pasukan Red Devils itu wajar mendahului jaringan sebagai hasil dominasi mereka, yang digariskan menerusi persembahan penuh kualiti dan intensiti.



Pada minit ke-69, United menggandakan jumlah jaringan menerusi percubaan cantik oleh kapten, Bruno Fernandes, di depan penyokong di Stretford End.



Mengulas perlawanan tersebut, Ten Hag berkata beliau gembira dan amat berpuas hati dengan persembahan anak buahnya.



"Inilah yang kami tuntut dari pemain. Syabas kepada mereka," ujar beliau ringkas.



Meskipun reaksi Ten Hag itu ringkas, namun hakikatnya United lebih tajam, pantas dan utuh daripada Spurs sejak wisel pertama.



Sementara itu, Liverpool berjaya mencatat kemenangan kedua berturut-turut setelah menewaskan West Ham 1-0 di Anfield.



Darwin Nunez menjaringkan gol pertamanya di Anfield bagi Liverpool sebelum penjaga gawang, Alisson, menyelamatkan tendangan penalti bagi memastikan gawangnya tidak dibolosi.



Nunez hampir-hampir berjaya menjaringkan gol keduanya tidak lama selepas memecahkan kebuntuan namun percubaannya berjaya diselamatkan penjaga gawang West Ham, Lukas Fabianski.



Tidak lama kemudian, West Ham dianugerahkan tendangan penalti setelah pemain pertahanan Liverpool, Joe Gomez, didapati mengasari Jarrod Bowen. Malangnya bagi West Ham, percubaan Bowen diselamatkan Alisson.



Selain Liverpool, Newcastle juga menang 1-0 di padang sendiri, dengan pasukan pimpinan Frank Lampard, Everton, menjadi mangsa mereka.



Sekali lagi, wira Newcastle merupakan Miguel Almiron, dengan gol tunggal beliau berjaya memperkukuh kedudukan Newcastle dalam enam tangga pertama liga.



Pemain asal Paraguay itu menjaringkan golnya yang ke-5, sekali gus memastikan pasukan Magpies itu meneruskan enam permainan tanpa kalah.



Dalam pada itu, Chelsea juga turut meneruskan rekod tanpa kalah, setelah seri 0-0 dalam perlawanan menentang Brentford. - Agensi Berita.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >