Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA FA

Usah 'risau tentang kami', ujar Klopp lepas Liverpool kalah lagi

Ditundukkan 3-2 oleh Man U dalam pusingan keempat Piala FA
Jan 26, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Pengurus Juergen Klopp berkata usah "risau tentang kami" selepas kekalahan 3-2 Liverpool kepada Manchester United dalam pusingan keempat Piala FA kelmarin.



Kekalahan itu bermakna Liverpool menang hanya satu daripada tujuh perlawanan terakhir mereka.



Dalam Liga Perdana England (EPL), juara bertahan itu telah jatuh ke tangga keempat, enam mata di belakang pendahulu United.



"Saya lihat banyak peningkatan ke arah betul dan itu bagus," kata Klopp.



Namun, mereka kini tanpa kemenangan dalam lima perlawanan liga dan satu-satunya kemenangan daripada tujuh perlawanan terakhir mereka ialah dalam Piala FA terhadap sebuah pasukan muda Aston Villa, yang pasukan senior mereka dilanda koronavirus.



Liverpool membuka tirai jaringan di Old Trafford menerusi Mohamed Salah, bagaimanapun jaringan Mason Greenwood dan Marcus Rashford kemudian meletakkan pasukan tuan rumah di depan.



Salah menyamakan kedudukan, namun tendangan bebas kencang pemain gantian Bruno Fernandes membawa United mara ke peringkat seterusnya Piala FA.



"Ia bukan apa yang kami mahu, lantas ia mengecewakan," kata Klopp. "Kami tidak berada pada tahap terbaik kami tetapi kami membuat banyak peningkatan ke arah betul.



"Anda tidak perlu risau tentang kami, sebagai sebuah kumpulan, kami benar-benar bersatu."



United kini hanya tewas sekali dalam 13 perlawanan - 2-0 kepada Manchester City dalam separuh akhir Piala EFL - sejak tersingkir daripada Liga Juara-Juara awal bulan lalu.



"Kami telah menjumpai jalan yang kami yakin, pemain yakin dan kami semakin menjadi kuat dan lebih kuat," kata pengurus United Ole Gunnar Solskjaer.



"Memenangi perlawanan menentang juara tahun lalu - mereka sebuah pasukan hebat - mencetus perasaan menakjubkan.



"Kami secara bertahap, selangkah demi selangkah, menjadi lebih baik, menang perlawanan sengit, lantas ada semangat juang dan keyakinan sangat baik."



United berdepan kebimbangan tentang tahap kecergasan Rashford setelah penyerang itu digantikan kerana mengalami masalah lutut.



"Saya harap tidak teruk," kata Solskjaer ketika ditanya apakah Rashford mengalami kecederaan ringan.



"Lututnya memberi dia masalah, esok dia akan melakukan imbasan dan kami akan lihat bagaimana keadaannya."



Kurang setahun selepas pemindahan bernilai £47 juta ($85 juta) beliau dari Sporting Lisbon, Fernandes sekali lagi membuktikan dia bintang bertuah United, dimasukkan dari bangku simpanan untuk menjaringkan gol kemenangan.



Sejak membuat penampilan pertamanya bagi United Februari lalu, tiada pemain kelab Liga Perdana lain telah menjaringkan lebih banyak gol daripada Fernandes, yang menghasilkan 28 gol.



"Bruno Fernandes seorang diri memikul Manchester United naik ke puncak tangga liga," kata mantan pemain midfield England Jermaine Jenas kepada BBC One.



Mantan penyerang England Ian Wright berkata: "Fernandes membawa perbezaan sebab dia pemain bermutu tinggi."



"Saya antara orang yang meragui Solskjaer dulu, tetapi persembahan skuadnya cemerlang. Ia seperti pasukan Manchester United lama. Cara mereka serang permainan, ini adalah mentaliti lama." - Agensi berita




"Ia bukan apa yang kami mahu, lantas ia mengecewakan. Kami tidak berada pada tahap terbaik kami, tetapi kami membuat banyak peningkatan ke arah betul. Anda tidak perlu risau tentang kami, sebagai sebuah kumpulan, kami benar-benar bersatu."
- Pengurus Liverpool Juergen Klopp



"Memenangi perlawanan menentang juara tahun lalu - mereka sebuah pasukan hebat - mencetus perasaan menakjubkan. Kami secara bertahap, selangkah demi selangkah, menjadi lebih baik, menang perlawanan sengit, lantas ada semangat juang dan keyakinan sangat baik."
- Pengurus Manchester United Ole Gunnar Solskjaer.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >